Ayah yang tua ada 4 orang anak, semua berjaya kecuali yang no.3 . Kerja kilang je. Selalu ungkit dia, kata buat malu keluarga. Sehinggalah satu hari… Pandangan terhadap dia terus berubah. Ya Allah.
Anak Ada 4 Orang. Semua Berjaya Kecuali Anak Ke-3. Selalu Ungkit Dia, Sehingga Satu Hari |
ARTIKEL MENARIK: Dalam bank ada simpanan sampai 30 ribu tapi tak bagi tahu suami walaupun dia tengah susah. Suami sampai beli semua barang rumah second hand hanya kerana tak cukup duit.
Sangat mengecewakan saya. Tusyen beratus ringgit sebulan. Tapi hasil tak da. Tak macam abang, kakak dan adik dia. Dapat straight A.
Dapatlah kerja kilang.
Tiap kali sebut pasal belajar mesti saya ungkit dia.
‘Tengok macam adik beradik yang lain, semua keja elok-elok. Kau sorang kerja kilang. Buat malu keluarga aje.’
Ini ungkapan yang selalu saya lepaskan pada dia.
Masa berlalu pantas. Takdir Allah saya kena strok. Isteri saya pun sakit jugak. Tak mampu nak uruskan saya. Ingat ada anak yang jadi doktor mudah la sikit. Tak juga.
Harap anak-anak lain semua sibuk dengan kerja masing-masing. Hanya datang lawat sesekali, lepas tu cepat-cepat nak balik.
Satu hari anak ke-3 balik dengan beg besar. Saya tanya kenapa? Dia jawab berhenti kerja nak jaga abah.
Kelu lidah saya. Menitis air mata saya pada hari itu. Inilah anak yang paling saya kecewa dulu. Tapi dialah yang menjaga saya hingga hari ini.
Saya mohon ampun kepada Allah atas kesilapan saya yang dahulu. Rupanya Allah jadikan dia kurang dalam pelajaran, tapi Allah sertakan dia dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.
Demikianlah Allah takdirkan sesuatu kepada manusia ada hikmahnya.
Mungkin kita tidak nampak sekarang, masa depan kita tidak tahu.
Bersangka baiklah dengan Allah.
Bagi ibubapa yang dapat result anak tidak cemerlang. Jangan kecewa. Gagal dalam peperiksaan bukan berakhir kehidupan. Tapi gagal dalam agama Allah s.w.t. itulah sebenar-benarnya bala yang paling besar bagi manusia.
Sumber : Khalifah Media Networks
Post a Comment