Baru beli dapat yang berbau. Kakak kepada Anzalna iaitu Diana Nasir luah rasa kesal beli sesuatu barang dari satu portal ini sampai meraih perhatian warganet

Baru beli dapat yang berbau. Kakak kepada Anzalna iaitu Diana Nasir luah rasa kesal beli sesuatu barang dari satu portal ini sampai meraih perhatian warganet

Baru beli dapat yang berbau. Kakak kepada Anzalna iaitu Diana Nasir luah rasa kesal beli sesuatu barang dari satu portal ini sampai meraih perhatian warganet

Baru beli dapat yang berbau. Kakak kepada Anzalna iaitu Diana Nasir luah rasa kesal beli sesuatu barang dari satu portal ini sampai meraih perhatian warganet
Baru beli dapat yang berbau. Kakak kepada Anzalna iaitu Diana Nasir luah rasa kesal beli sesuatu barang dari satu portal ini sampai meraih perhatian warganet



ARTIKEL MENARIK: Dikritik hebat oleh warganet. Sudah empat bulan pemergian suaminya. BCL akui dia tidak mematuhi idah dan ini sebab dia berbuat sebegitu



Diana Nasir, kakak kepada aktres Anzalna Nasir telah meluahkan rasa terkilan apabila menerima pakaian yang dibeli secara online tetapi sudah terpakai. Malahan, pakaian tersebut juga berbau busvk dan kotor seperti pernah dipakai orang sebelum dijual semula kepada pembeli. Dia yang meluahkan perasaan di ruangan instagram stories itu turut mengatakan itu bukanlah kali pertama dia menerima keadaan baju seperti itu. “Beberapa bulan lepas juga dari Z****! Siap ada pin lagi, nasib tak terkena ket1ak sis! Label baju pun dah lvsuh, macam mana kalian tak perasan? Baju in bau ket1ak teruk ya amat! Boleh buat saya tidak sedarkan diri ! Jebon ni pakai pergi mana eh?” Diana Nasir juga turut sempat memesan kepada platform perniagaan baju atas talian itu supaya memeriksa pakaian sebelum dijual kepada pengguna.-beautifulnara

“Orang luar memang tak dibenarkan!” – Anzalna Nasir tolak ‘job’ berlakon demi anak, tidak perlu khidmat pembantu rumah

PELAKON Anzalna Nasir mendedahkan dia sanggup menolak tawaran berlakon demi menjaga anak lelakinya, Mohamad Eidrees yang kini berusia tujuh bulan. Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 31, berkata, dia mahu memberi keutamaan dan menggunakan masa sebaik mungkin terhadap anaknya itu. “Saya boleh ada lebih dari empat orang gaji atau pembantu jika saya mahu. Anzalna tidak enggan anaknya, Mohamad Eidrees dijaga oleh pembantu rumah.

“Tapi saya lebih memilih untuk tak ada pembantu sebab ini adalah masa yang paling berharga dalam hidup saya dan saya nak gunakan masa ini sebaik mungkin untuk bersama anak saya. Tak tahu lagi bila akan merasa macam ni. “Sanggup tolak job kalau keluarga pun sibuk. Work comes first tapi keutamaan saya adalah pada Mohamad Eidrees buat masa ini,” ujarnya. Anzalna berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu. Dalam pada itu, Anzalna berkata, dia juga tidak akan membenarkan anaknya itu dijaga oleh orang lain melainkan ahli keluarganya sahaja. Malah katanya, dia juga tidak berdepan masalah jika tidak mempunyai pembantu kerana suami dan ahli keluarganya sering ada untuk membantunya.

Sanggup tolak job kalau keluarga pun sibuk. Work comes first tapi keutamaan saya adalah pada Mohamad Eidrees buat masa ini. “Tak ada pembantu rumah, tiada masalah sebab saya ada suami dan keluarga yang sangat membantu. “Kalau dua-dua ada kerja baru keluarga atau ibu mentua tolong jagakan. Orang luar memang tak dibenarkan!” katanya lagi.Pelakon drama bersiri Memori Cinta Suraya berkahwin dengan Mohamad Hanif pada 22 Februari 2016. Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamad Eidrees.-mstar
Loading...
loading...


Anzalna terkejut ramai menteri di lokasi majlis akikah anaknya – “Mereka tiba-tiba hilang, tak sempat ajak makan!”

MAJLIS akikah anak Anzalna Nasir, Mohamad Eidress dan sambutan ulang tahun perkahwinan aktres itu yang berlangsung secara meriah di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada malam, Ahad. Namun apa yang menarik perhatian, majlis tersebut bertembung dengan Majlis Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen yang dihadiri ahli parlimen dari enam parti di lokasi yang sama. “Nak dengar cerita kelakar? Semalam, boleh pula majlis akikah Eidrees dan sambutan ulang tahun perkahwinan kami bertembung dengan majlis tergempar menteri-menteri. Anzalna berkongsi mengenai perkara itu di Instagram.

“Terkejut juga nampak menteri-menteri sebab setahu kita cuma jemput anak-anak yatim, asnaf, tahfiz, teman terdekat dan keluarga tersayang saja ke majlis kami. “Lepas tu tiba-tiba mereka hilang! Tak sempat nak ajak makan!” kata Anzalna. Menerusi Instagram, Anzalna atau nama sebenar Nur Anzalna Md Nasir, 32, berkongsi beberapa keping foto suasana di majlis istimewa itu. Pada malam majlis tersebut, Anzalna dan suaminya iaitu Hanif Zaki yang kelihatan seperti pengantin turut meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat.

Boleh pula majlis akikah Eidrees dan sambutan ulang tahun perkahwinan kami bertembung dengan majlis tergempar menteri-menteri.

Manakala majlis makan malam yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu dihadiri ahli Parlimen dari enam parti iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PKR, Warisan, Gabungan Parti Sarawak, Umno dan PAS. Dalam pada itu, menerusi laporanAstro Gempak, Anzalna memberitahu dia dimasukkan ke hospital selama lima hari akibat mengalami keced3raan di bahagian otot. Menurutnya, dia terjatvh terl3ntang ketika berlari untuk mendapatkan anaknya yang sedang menangis di rumahnya. “Insiden berlaku ketika saya sedang bersiap untuk menghadiri sebuah majlis dan pada masa yang sama Eidrees menangis. Anzalna terjatvh ketika berlari mahu mendapatkan anaknya. “Saya pula sejenis yang tidak suka membiarkan anak menangis lama dan perlu cepat untuk tenangkan dia.

“Sewaktu mahu berkejar mendapatkan Eidrees, saya jatvh terl3ntang. Namun, pada masa itu saya terus bangun, dukung dan sempat beri dia makan. “Tapi selepas masuk ke dalam kereta, badan saya tidak dapat bergerak. Suami terus bawa ke hospital dan doktor sahkan otot saya b3ngkak,” ujarnya. Anzalna dan suami berkahwin pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Eidress pada 31 Mei tahun lalu.-mstar

 “Macam Tak Percaya Je Anzalna Basuh Baju Pakai Tangan…” – Anzalna Nasir Dedah Rutin Harian #StayAtHomeChallenge

Aktres jelita Anzalna mendedahkan aktiviti harian yang dilakukannya di rumah menerusi sebuah video di Instagram. Menurut Anzalna, dia dan suaminya, Hanif Zaki tidak mempunyai masalah dengan ketiadaan pembantu rumah kerana mereka mampu menguruskan urusan seharian dengan baik. “Kehidupan seharian kami, no maid no problem! Nak Eidrees tahu walaupun Mommy pernah dapat anugerah Most Glam tapi di rumah Mommy jadi bibik! “Hahahaha tak apa la, yang penting hanya tangan Mommy dan Daddy yang membesarkan Eidrees, cuba korang buat pula,” tulis Anzalna di ruangan kapsyen.

Anzalna turut meletakkan ‘hashtag’ #StayAtHomeChallenge di bahagian akhir kapsyen tersebut. Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Anzalna di ruangan komen. Rata-rata mereka memuji Anzalna masih kelihatan cantik meskipun sedang melakukan kerja rumah, malah ada juga yang seakan tidak percaya melihat pelakon kesayangan mereka itu membasuh baju menggunakan tangan. Sekadar info, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Hanif Zaki, 31, pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Mohamad Eidrees pada 31 Mei tahun lalu lalu-gempak

Suami Anzalna pinjamkan Triton untuk kerja amal Ustaz Firdaus

“ITU adalah keputusan suami. Saya sebenarnya tak terbabit pun,” kata pelakon, Anzalna Nasir mengulas tindakan suaminya, Hanif Zaki meminjamkan kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton untuk kerja amal dilakukan pendakwah dikenali Ustaz Firdaus Wong. Namun, Anzalna mengakui Hanif ada berbincang dengannya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai perkara itu. “Dia tanya apa yang boleh dia bantu orang dan saya pun cadangkan apa yang perlu.

“Jadi, dia setuju jika cadangan ini baik. Malah, sebelum ini pun kami ada tolong keluarga yang mempunyai anak-anak kecil bagi keperluan lampin pakai bvang dan susu. “Cuma, sekarang kami berhenti dulu. Kemudian, suami cakap dia dapat idea nak cari orang yang perlukan kenderaan untuk hantar barang-barang sumbangan,’ katanya. Anzalna turut membuat perkongsian perkara positif dilakukan suaminya itu di Instagram miliknya. “Bila namanya perniagaan, memang ada untung ada rugi. Tapi janganlah takut untuk bersedekah jariah dan tak perlu tunggu kaya baru nak buat semua ni.

“Alhamdulillah rezeki ustaz @firdauswong dapat Triton untuk digunakan bagi mengedarkan sumbangan sepanjang tempoh PKP. Terima kasih ustaz kerana membantu mereka yang memerlukan,” tulisnya. Anzalna juga memuat naik video suaminya bekerjasama dengan syarikat.Mitsubishi EON Auto Mart di Ampang yang sudi meminjamkan Triton kepada Ustaz Firdaus untuk digunakan bagi tujuan mengedar sumbangan kepada asnaf dan golongan B40 di seluruh negara sehingga tamat tempoh PKP ini. “Untuk cari pengangkutan sekarang pun agak susah. Unit pandu uji kenderaan tempat suami, bukan boleh bekerja pun sekarang. “Ada baiknya dia beramal dan bantu org lain. Ini adalah kereta pandu uji milik unit pusat pameran.

“InshaaAllah kita bagi pinjam sepanjang PKP ini. Kalau ada lagi badan bukan kerajaan (NGO) nak, boleh beritahu kami. InshaaAllah kami boleh bantu,” katanya. Menurut Anzalna lagi, minyak untuk kenderaan terbabit juga ditaja sepenuhnya, manakala pemanduan oleh individu itu sendiri. “Kami dapat rasa satu kepuasan apabila berpeluang menolong orang lain hingga mengundang sebak didada. “Saya rasa gembira dan tenang. InshaaAllah kalau ada rezeki lebih, kami akan bantu lagi mereka yang memerlukan,” katanya.-mymetro

via Era Kini
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post