Sebak. SOP terbaru tunaikan haji tahun ini mengejutkan orang ramai dan ternyata meraih perhatian dunia gara gara dua aktiviti tidak dibenarkan sama sekali

Sebak. SOP terbaru tunaikan haji tahun ini mengejutkan orang ramai dan ternyata meraih perhatian dunia gara gara dua aktiviti tidak dibenarkan sama sekali

Ibadah haji akan menjelang tiba tidak lama lagi, dan semestinya haji pada tahun ini akan menjadi kelainan kerana wabak pandemik yang sedang menular di seluruh dunia ketika ini.

Sebak. SOP terbaru tunaikan haji tahun ini mengejutkan orang ramai dan ternyata meraih perhatian dunia gara gara dua aktiviti tidak dibenarkan sama sekali
Sebak. SOP terbaru tunaikan haji tahun ini mengejutkan orang ramai dan ternyata meraih perhatian dunia gara gara dua aktiviti tidak dibenarkan sama sekali

Terbaharu kerajaan Arab Saudi mengumumkan protokol kesihatan pada musim haji tahun ini sekali gus bagi mencegah penularan Covid-19 yang masih berleluasa hampir di seluruh dunia.

ARTIKEL MENARIK:Dikatakan COVID19 sudah dikesan 7 tahun lalu. Saintis di China dedahkan kebenaran di sebalik khabar berita tersebut dan mengejutkan ini jawapan dari WHO


Menerusi laporan Arab News, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) dalam kenyataan memaklumkan para jemaah tidak dibenarkan menyentuh Kaabah dan mencium batu Hajar Aswad.Sumber: Arab News

Menurut laporan lagi, jemaah dan penganjur mestilah mengekalkan jarak sosial 1.5 meter antara jemaah dan akan dilaksanakan sepanjang masa ketika menunaikan ibadah termasuk sewaktu solat berjemaah. Akses ke tempat suci seperti di Mina, Muzdalifah dan Arafah turut akan terhad kepada mereka yang mempunyai permit haji sahaja mulai hari Ahad 19 Julai hingga 2 Ogos 2020, dan memakai topeng setiap masa adalah wajib bagi jemaah haji dan penganjur. Kerajaan Arab Saudi juga akan menyusun kembali protokol untuk mengurangkan kadar jumlah jemaah haji berada di restoran dan pusat rehat. Water cooler yang berada di masjid-masjid besar turut akan diberhentikan operasi dan air zam zam akan diedarkan kepada jemaah setiap masa dalam secara bentuk botol persendirian.-lobakmerah

COVID-19: Sultan Selangor bimbang ramai semakin abaikan SOP

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menzahirkan perasaan bimbang kerana mendapati ramai rakyat di negeri ini semakin mengabaikan amalan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak COVID-19. Dalam satu kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah, hari ini, Sultan Sharafuddin bertitah, hasil pemerhatian baginda sendiri mendapati ramai rakyat tidak lagi mematuhi garis panduan ditetapkan, termasuk berada di tempat awam tanpa memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakkan sosial.

“Baginda sangat bimbang sekiranya masih ramai yang berdgil dan tidak mengamalkan normal baharu ini, gelombang kedua penularan akan muncul serta menjejaskan ekonomi dan kehidupan harian rakyat. “Justeru, baginda menyeru semua rakyat terus mengamalkan disiplin tinggi dengan sentiasa memakai pelitup muka, membersihkan tangan menggunakan cecair pembasmi kuman atau sabun, dan mengamalkan penjarakkan sosial sekurang-kurangnya satu meter. “Jika tidak sihat atau sakit, jangan keluar ke tempat awam,” titah baginda. Sultan Selangor bertitah, baginda juga tidak mahu rakyat terus hidup dalam suasana berisiko tinggi mendapat jangkitan dan seterusnya boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Baginda turut menyeru rakyat agar menghargai jasa serta jasa petugas barisan hadapan, khususnya di hospital, sekali gus tidak menambah beban tugas mereka. Titah baginda, selagi vaksin untuk COVID-19 belum ditemui, baginda berharap setiap rakyat berusaha sebaik mungkin untuk mematuhi SOP kerana ia terbukti berkesan menghilangkankan wabak berbhaya itu.-bh

COVID-19: Tiada pilih kasih dalam rawatan kepada PATI

KUALA LUMPUR: Tiada pilih kasih atau diskr1minasi dalam rawatan serta layanan kepada pesakit warga asing sepanjang rawatan COVID-19, tegas pegawai perubatan yang pernah berkhidmat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dekat Serdang di sini. Dr Kenneth Wong Chen Fei menegaskan, sebagai pengamal perubatan adalah menjadi tanggungjawab mereka memberi perkhidmatan yang adil tanpa sekelumit prjudis terhadap semua pesakit, meskipun pendatang asing tanpa izin (PATI). Anak muda berusia 28 tahun itu, berkata selepas menonton dokumentari disiarkan stesen televisyen itu, beliau berasa terkejut dan tidak berpuas hati terhadap dkwaan berhubung layanan petugas barisan hadapan kepada warga asing ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan COVID-19.

Beliau yang kini berkhidmat di Jabatan Oftamologi Hospital Selayang, menegaskan stesen televisyen itu menyiarkan laporan mengandungi kritikan tidak wajar terhadap pengurusan dan rawatan disediakan Malaysia terhadap PATI yang dijangkiti COVID-19, sedangkan semuanya dilayan dengan baik. “Saya memang terkejut dan tidak berpuas hati atas kritikan mereka. Kita sebagai doktor memberi rawatan dan layanan yang adil kepada pesakit meskipun dalam kalangan PATI. “Langsung tidak berat sebelah dan sudah semestinya kesihatan serta kebajikan mereka tidak diabaikan seperti yang diceritakan oleh stesen tv dalam laporan mereka.

“Untuk makluman, PATI juga diberi ubat sama seperti pesakit rakyat Malaysia yang lain. Kita tidak mend1skriminasi mereka. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan melakukan yang terbaik untuk menjaga kebajikan mereka,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini. Sepanjang tempoh lebih sebulan bertugas di pusat kuarantin berkenaan, Dr Chen Fei berkata, semua pesakit berkenaan juga disediakan makanan tiga kali sehari, selain juga dibekalkan makanan ringan di katil masing-masing. Bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa terjaga, katanya, makanan tiba pada waktu ditetapkan tanpa ada kelewatan.

“Betul, tiga kali sehari. Setiap kali tiba waktu makan, setiap pesakit akan dapat satu pek makanan mengandungi nasi, sayur dan daging (lauk) pada masa ditetapkan. Makanan memang tak lewat. Yang pasti, saya boleh cakap semua kos itu ditanggung kerajaan kita. “Ada juga PATI yang dapat makanan lebih seperti makanan kering. Yang penting, makanan memang dijamin dan mencukupi,” katanya. Bagi menjamin keselesaan penghuni di pusat kuarantin yang dikhususkan untuk menempatkan pesakit PATI, menurut beliau kemudahan lengkap disediakan seperti katil, pendingin hawa, peralatan mandian, baju percuma, akses tandas dan ruang bersolat.

Katanya, turut ditanggung kerajaan Malaysia adalah kos saringan yang bernilai RM300 hingga RM400 bagi setiap ujian. “Jadi mereka (pesakit PATI) hanya rehat di pusat itu. Semuanya ditanggung kerajaan Malaysia. Apa lagi yang mereka mahukan? Kita hormati mereka sebagai manusia biasa dan mereka juga hormat kita sebagai doktor serta jururawat. “Ingatlah, petugas barisan hadapan COVID-19 memang sudah buat apa yang diperlukan untuk kepentingan negara ketika ketika masa kritikal. Kita lakukan yang terbaik untuk menjaga keselamatan warga Malaysia. “Matlamat satu sahaja, ia bagi membendung penularan COVID-19 dan bukan apa yang diceritakan oleh Al-Jazeera,” tegasnya.-bh


Loading...
loading...


Terengganu tetap asingkan jantina dalam pawagam

KUALA TERENGGANU: Pengasingan jantina dalam pawagam di negeri ini tetap dilaksanakan walaupun dibantah pemimpin DAP. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata kerajaan negeri tidak akan melonggarkan peraturan dan garis panduan pengasingan jantina dalam pawagam seperti ditetapkan. Tegasnya, pelaksanaan pengasingan tempat duduk lelaki dan wanita dalam pawagam hanya membabitkan bukan mahram. “Kita hanya mengasingkan tempat duduk lelaki dan wanita dalam pawagam membabitkan bukan mahram, manakala tempat duduk keluarga tidak diasingkan.

“Terima kasih kepada Timbalan Setiausaha DAP, Nga Kor Ming, kerana meminta kerajaan pusat campur tangan meminta kerajaan negeri membatalkan arahan pengasingan jantina di pawagam, tetapi kita menegaskan tidak melayan desakan itu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis Apresiasi Penerima Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu (YT), di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. Yang turut hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satipul Bahari Mamat serta Pengarah YT, Ishamudin Hashim.

Dr Ahmad Samsuri berkata demikian ketika mengulas kenyataan Nga yang meminta Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Nancy Shukri, meminta kerajaan negeri dipimpin PAS itu supaya membatalkan arahan pengasingan jantina di pawagam di negeri ini. Nga dilaporkan berkata, Kerajaan Persekutuan tidak wajar berdiam diri mengenai arahan pengasingan tempat duduk dalam pawagam kerana arahan kerajaan negeri itu boleh memberi kesan kepada kemajmukan budaya di negara ini. Dr Ahmad Samsuri menjelaskan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan memantau pelaksanaan pengasingan tempat duduk lelaki dan wanita, terutama membabitkan bukan mahram.Difahamkan, garis panduan pengasingan jantina dalam pawagam di negeri ini dilaksanakan sejak pertengahan tahun lalu. Dr Ahmad Samsuri menjelaskan, pada masa sama pengusaha pawagam masing-masing di bandaraya Kuala Terengganu dan daerah Kemaman sudah melaksanakan peraturan berkenaan sejak mula beroperasi-bh

 via Era Kini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post