Pemandu van EMRS duduk sebelah Mohd Adib ketika dirempuh lori bomba yang mengundur

Pemandu van EMRS duduk sebelah Mohd Adib ketika dirempuh lori bomba yang mengundur

SEORANG pemandu van kecemasan membuat pengakuan hari ini bahawa dia bersama arwah Mohd Adib Mohd Kassim berada dalam kenderaan yang sama ketika lori bomba mengundur dan melanggar kenderaan mereka ketika rusuhan kuil.

Pemandu van EMRS duduk sebelah Mohd Adib ketika dirempuh lori bomba yang mengundur
Pemandu van EMRS duduk sebelah Mohd Adib ketika dirempuh lori bomba yang mengundur

Pemandu van EMRS (Emergency Medical Rescue Services), Ahmad Shahril Othman yang membuat pengakuan dalam inkues kematian Adib berkata, kedua-dua kenderaan berkenaan (Van EMRS dan lori Bomba) telah diserang oleh sekumpulan perusuh susulan pelanggaran tersebut.

ARTIKEL MENARIK: Kronologi pembu,nuhan kejam adik Siti Masyitah di Kampung Tanjung Medang Hilir


Bagaimanapun, kata Shahril, ketika itu dia masih lagi menilai situasi bersama Mohd Adib semasa kejadian berkenaan yang berlaku pada awal pagi 27 November tahun lalu.

"Dia (Adib) duduk di sebelah saya. Saya sedang berkomunikasi dengannya dan sedang memandang kepada pegawai yang keluar dari FRT (Fire Rescure Tender) untuk memadamkan api," katanya lapor Malay Mail.


loading...

Pegawai yang dimaksudkan oleh Shahril ialah Mohd Hazim Mohd Rahimi, 31 yang keluar daripada lori bomba untuk memadamkan api pada sebuah kereta yang terbakar.

Mohd Hazim merupakan seorang daripada tujuh anggota pasukan FRT, bersama pegawai-pegawai EMRS, Shahril dan Mohd Adib yang memberikan maklum balas terhadap panggilan kecemasan berhubung kebakaran sebuah kereta berdekatan Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.

Sumber — https://www.milosuam.net

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post