Setiausaha Agung PAS kata audio rakaman 'terima duit Umno' adalah suara Nik Abduh

Setiausaha Agung PAS kata audio rakaman 'terima duit Umno' adalah suara Nik Abduh

SETIAUSAHA Agung Pas, Takiyuddin Hassan dilapor mengesahkan rakaman audio suara Ahli Parlien Bachok, Mohamad Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengaku parti itu menerima dana dari Umno.

Setiausaha Agung PAS kata audio rakaman 'terima duit Umno' adalah suara Nik Abduh
Setiausaha Agung PAS kata audio rakaman 'terima duit Umno' adalah suara Nik Abduh

Takiyuddin juga mendakwa Nik Abduh sendiri mengakui audio itu suaranya tetapi apa yang dicanang oleh musuh politik Pas tidak menggambarkan perkara sebenar lapor Malaysiakini.

ARTIKEL MENARIK: Pemandu van EMRS duduk sebelah Mohd Adib ketika dirempuh lori bomba yang mengundur


"Memang Nik Abduh akui itu suara dia, tetapi tidak membawa konteks dan maksud yang sebenar."

"Yang disebut soal Pas terima duit Umno, bukan itu sahaja banyak lagi huraian. Jadi pada saya untuk memahami konteks ayat di dalam audio seseorang itu perlu melihat dan meneliti secara keseluruhan,"

"Dari minit pertama hingga minit terakhir," katanya kepada media ketika ditemui di Kota Bharu hari ini lapor Malaysiakini.

Isu rakaman suara Nik Abduh mengaku Pas terima duit Umno bukanlah isu baru, ia telah heboh sejak sebelum pilihanraya Umum ke 14 lagi.

Namun perkara itu kembali heboh selepas Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang menarik balik saman fitnah terhadap Sarawak Report yang menuduh pemimpin atasan parti itu menerima wang sebanyak RM90 juta dari Umno untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Sebelum ini seorang ahli PAS bernama Dr Muhammad Atiullah menerusi Facebook tampil mendakwa "menjadi saksi" bersama 40 orang lagi saksi hidup, ketika Nik Abduh membuat 'pengakuan menerima duit Umno'.


Timbalan Presiden PAS, Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini menyifatkan orang yang merakam suara Nik Abduh dan menyebarkannya sebagai pengkhianat.


Nik Abduh sebelum pilihanraya Umum ke 14 pernah menafikan rakaman audio itu, dengan mendakwa itu bukan suaranya.



loading...

"Isu yang paling utama mereka nak panjangkan Pas terima duit Umno, mereka cipta rakaman mendakwa saya mengakui dan saya nafikan, rakyat dah muak dengan isu sebegini," katanya pada 5 April 2018.



Sumber — https://www.milosuam.net


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post