Rakaman CCTV kantoikan makcik sorok duit nak dapat baki lebih (video)

Rakaman CCTV kantoikan makcik sorok duit nak dapat baki lebih (video)

TINDAKAN licik dan pantas seorang makcik menyorok sebahagian duit yang diterima untuk mendapatkan duit baki lebih dari peniaga terkantoi selepas semakan dibuat pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membongkar perbuatan itu.

Rakaman CCTV kantoikan makcik sorok duit nak dapat baki lebih (video)
Rakaman CCTV kantoikan makcik sorok duit nak dapat baki lebih (video)

Berdasarkan rakaman CCTV yang tersebar di media sosial, seorang wanita dilihat menyembunyikan sebahagian duit baki yang diterima dari seorang peniaga ke dalam poket kanan seluarnya.

ARTIKEL MENARIK: Remaja rampas tongkat dan belasah lelaki kudung (video)


Wanita itu kemudiannya berpura-pura mengira duit dan menunjukkan kononnya duit baki yang diterima sebelum itu tidak mencukupi.

Peniaga berkenaan meskipun dilihat berasa curiga dalam kejadian itu, akur lalu menyerahkan baki duit yang tidak cukup seperti diminta.

Namun akhirnya selepas semakan dibuat menerusi rakaman CCTV, terbongkar taktik pantas dan licik makcik berkenaan yang dilihat sengaja bertindak demikian untuk mencuri wang baki.

Berikut rakaman video berkenaan, sila klik untuk menonton.


loading...






Sumber :MiLo SuaM
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post