PETALING JAYA: Saat yang paling dinanti-nantikan pasangan suami isteri adalah kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap kasih sayang.
Bayi Ini Seperti Sedang Solat Ketika M3ninggal Dunia. Subhanallah |
Kedua-duanya pasti teruja dan tidak sabar menunggu saat si kecil menjengah ke dunia.
Namun tidak semua berlaku seperti yang kita harapkan kerana Allah sebaik-baik perancang.
Bagi pasangan muda ini, Muhamad Syafiq Yushani, 25, dan Nurul Fatehah Adli, 24, mereka ditimpa ujian paling hebat apabila kehilangan anak sulung selepas 14 hari dilahirkan.
Namun mereka reda dengan pemergian buah hati tercinta, Muhammad Uwais Al-Qarni yang menemui sang pencipta-Nya pada 15 Oktober lalu.
“Segalanya sudah tertulis. Allah hanya pinjamkan Uwais kepada kami di dunia ini untuk seketika. Kami reda dengan pemergiannya dan terima ujian hebat ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Menurut Muhamad Syafiq, anak sulungnya itu m3ninggal dunia dipercayai akibat jangkitan kuman di bahagian paru-paru.
ARTIKEL MENARIK: Tahfiz Muda Meningal Akibat HIV. Pengurus Jenazah Bongkar Apa Yang Berlaku Saat Memandikannya
“Doktor masih belum tahu punca sebenar kematian anak saya. Namun saya tak mahu tahu tentang itu kerana saya dah reda anak saya sudah tiada.
“Walaupun macam-macam orang cakap tapi bagi saya bila dah perjanjian anak saya dengan Tuhan, dia tetap akan pergi jua,” katanya.
Jelas anak kelahiran Pulau Pinang itu, anaknya selamat dilahirkan pada 1 Oktober lalu, sehari sebelum hari lahirnya yang ke-25 tahun.
SEPERTI SEDANG SOLAT .. SUBHANALLAH !
Muhammad Uwais meletakkan kedua-dua tangan di dadanya seperti sedang qiam dalam solat.
“Seronok hati ini hanya Allah yang tahu, kelahiran Uwais memberikan seribu makna kepada saya dan isteri.
“Apatah lagi kehadirannya adalah hadiah paling berharga yang Allah pernah berikan kepada saya pada ulang tahun kelahiran yang ke-25,” katanya.
Namun Muhamad Syafiq berkata dia sering tidak sedap hati sejak anaknya ditahan di wad pada hari kedua selepas dilahirkan.
“Uwais tak boleh pulang bersama kami kerana doktor mengesyaki dia ada jangkitan kuman di paru-paru.
“Saya jadi tak sedap hati. Ayah mana yang tak sedih bila melihat pernafasan anak sendiri turun naik waktu itu,” katanya.
Muhamad Syafiq berkata bermulalah rutinnya bersama isteri berulang alik ke hospital untuk menyusukan anak mereka pada 4 Oktober lalu.
“Jarak rumah kami ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian (Kelantan) 8 kilometer tidak saya endahkan.
“Isteri saya yang masih dalam pantang turut gagahkan diri untuk menyusukan dan melihat perkembangan anak kami,” katanya.
Jelas Muhamad Syafiq lagi, Uwais kelihatan sihat dan sedikit bertenaga pada hari kelima di hospital.
“Dia pandai buat pelbagai reaksi di wajah, mengeliat, menendang perlahan-lahan dan menggigit kuat jari kami seperti bayi berusia lima bulan,” katanya.
Namun Muhamad Syafiq berkata dia terkejut dengan perubahan luar biasa Uwais pada hari ketujuh.
“Seperti kebiasaan selepas Uwais bangun tidur, dia akan mengeliat. Apa yang mengejutkan kami ialah dia angkat tangan ke atas untuk mengeliat.
“Selepas itu dia meletakkan kedua tangannya di atas dada seperti perbuatan orang sedang qiam dalam solat.
“Perkara itu berterusan hari demi hari sehingganya dia menghembuskan nafas terakhirnya. Allahuakbar,” katanya.
Muhamad Syafiq berkata perubahan luar biasa anaknya itu seolah-olah menunjukkan satu isyarat tetapi dia enggan terlalu memikirkannya.
“Uwais dimasukkan ke wad Nilam 1 (kes lebih berat). Dia mula dimasukkan ubat antibiotik tahap kedua kerana ubat antibiotik tahap pertama tidak beri tindak balas positif pada darahnya.
“Di situ dia dipakaikan wayar oksigen di hidung bagi menyokong pernafasannya. Sayu hati apabila lihat dia menangis tanda sakit dan mahukan perhatian saya dan isteri,” katanya.
Pada 11 Oktober, Muhamad Syafiq berkata Uwais diletak di bawah pemantauan doktor pakar kerana darahnya semakin pekat.
“Kata doktor kuman semakin tinggi di dalam darah anak Uwais dan kemungkinan akan berlaku pendarahan dalaman ke atasnya. Hati ini mula semakin risau, tidur tidak nyenyak, selera makan sudah tiada memikirkan nasibnya.
“Begitu juga dengan isteri saya jangankan air, apatah lagi nasi untuk dijamah jauh sekali. Sesiapa yang mempunyai anak pasti tahu bagaimana perasaan ini,” katanya.
J3nazah Muhammad Uwais selamat dikebumikan kira-kira pukul 11 pagi 15 Oktober lalu di Tanah Perku buran Wakaf Bharu, Kelantan.
Dua hari selepas itu, Muhamad Syafiq berkata isterinya bermimpi didatangi seorang lelaki berjubah.
“Lelaki itu membawanya ke sebuah bangunan hospital yang sangat besar dan apabila isteri saya masuk ke dalam hospital dia lihat sebujur j@sad kaku anak kami Uwais tidak bernyawa.
“Isteri saya bangun dari tidur dan menangis tersesak-esak sambil memeluk saya tanpa menceritakan perihal sebenar mimpi tersebut,” katanya.
Muhamad Syafiq berkata pada malam itu, dia dan isterinya menemani Uwais sehingga awal pagi.
“Seperti biasa Uwais minum susu dengan banyaknya tetapi pada hari tersebut susu isteri sudah kering.
“Kira-kira pukul 1 pagi kami diminta oleh jururawat untuk pulang tetapi Uwais tidak mahu melepaskan uminya. Dia merengek ketika mahu diangkat ke atas katil.
“Dia seperti mahu bersama uminya sampai bila-bila. Kami tidak sedap hati dan merasakan bagai ada sesuatu bakal terjadi. Kami terpaksa tinggalkan Uwais di katil dengan perasaan sedih,” katanya.
Sekitar subuh, Muhamad Syafiq berkata dia menerima panggilan telefon daripada pihak hospital memintanya datang ke hospital dengan segera.
“Jantung berdebar-debar seperti nyawa bakal dicabut. Sampai sahaja di wad saya lihat katil Uwais dikelilingi ramai doktor pakar.
“Uwais sudah tidak sedarkan diri. Dia dikelilingi mesin dan alat bantuan pernafasan. Luluh hati melihat dia dalam keadaan itu.
“Doktor kata Uwais muntah susu dan keluar banyak darah pada pukul 5 pagi tu (14 Oktober),” katanya.
Muhamad Syafiq berkata dia kembali ke hospital semula setelah menerima panggilan telefon kira-kira pukul 9 malam 14 Oktober lalu.
“Kali ini mereka minta membawa ahli keluarga terdekat. Dalam hati saya kata petanda apakah ini.
“Sampai di katil Uwais, ketua bahagian perubatan di wad tersebut bersama doktor pakar yang lain sedang membuat sesuatu ke atasnya.
“Ketika itu hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang saya rasa . Isteri saya tidak henti-henti menangis sehingga terpaksa ditenangkan jururawat bertugas,” katanya.
Selepas itu, Muhamad Syafiq berkata dia dan isterinya diminta pergi ke bilik perjumpaan untuk bertemu dengan doktor yang akan menerangkan mengenai keadaan Uwais.
“Pada waktu itu hati saya berdegup kencang apabila doktor kata Uwais sudah di tahap 50/50 dan hanya menunggu keajaiban dari Allah.
“Doktor kata berdasarkan ultrasound yang dilakukan, mereka lihat penuh tumpah darah dalam badan Uwais selain hatinya telah rosak dan pecah,” katanya.
Namun Muhamad Syafiq berkata Allah lebih menyayangi anaknya itu dan tepat pukul 12.15 pagi 15 Oktober lalu, Uwais selamat menemui pencipta-Nya.
“Pada waktu itu isteri pilih untuk pangku Uwais. Semasa diriba isteri saya, satu persatu wayar dibadan Uwais dicabut, tekanan nadi dan jantung Uwais semakin lemah.
“Tepat pukul 12.15 pagi anak kesayangan kami dijemput kembali oleh Allah setelah genap 14 hari bertarung melawan kuman dalam badan,” katanya.
Bercerita mengenai detik terakhir bersama anaknya, Muhamad Syafiq berkata dia sempat menyaksikan kaki dan tangan anak Uwais terangkat sedikit ke atas dan kelopak matanya terbuka memandang tepat ke arah matanya.
“Tiba-tiba tanpa disedari sekali lagi terbit air matanya mengalir perlahan-lahan mula jatuh ke pipi.
“Dengan wajahnya yang sayu tanda seolah-olah ingin memberitahu saya dan isteri bahawa dia akan pergi selama lamnya m3ninggalkan kami,” katanya.
Muhamad Syafiq dan isterinya, Nurul Fatehah.
Muhamad Syafiq turut mendedahkan dia baharu sahaja memberitahu mimpi yang dialami kepada isterinya selepas Uwais m3ninggal dunia.
“Saya cerita kepada isteri mengenai mimpi aneh saya sehari sebelum isteri selamat bersalin. Di dalam mimpi itu saya bersama isteri dan kawan kami mendaki gunung yang sangat tinggi pada waktu malam.
“Tetapi saya pelik dalam mimpi itu kawan kami itu mengendong bayi lelaki tetapi saya dan isteri tidak memangku anak dan akhirnya kami tiba dahulu di puncak gunung.
“Di puncak gunung itu saya lihat ada satu cahaya bulan purnama yang sangat terang menerangi kami. Mimpi tersebut menjadi tanda tanya kepada saya sehingga ke hari ini,” katanya.
Bagaimanapun Muhamad Syafiq berkata dia enggan menganggap mimpi tersebut sebagai satu petanda bahawa anaknya bakal m3ninggalkan dia dan isteri.
Sebaliknya, dia hanya menyifatkan mimpi tersebut sebagai mainan tidur.
Coretan Muhamad Syafiq mengenai kisah kehilangan anak sulungnya selepas 14 hari dilahirkan menerusi laman Facebook miliknya mengundang sebak netizen.
Rata-rata bersimpati dengan nasib yang menimpa pasangan itu.
Menurut Muhamad Syafiq dia terpanggil untuk memuat naik posting tersebut kerana ingin meluahkan perasaannya selain berkongsi kisah sedih itu dengan orang ramai.
“Saya hanya ingin meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak sangka rupa-rupanya ada yang senasib seperti kami. Malah ada juga mereka yang diuji lebih hebat.
“Terima kasih di atas segala nasihat dan kata-kata semangat yang diberikan kepada kami. Insya-Allah kami akan terus kuat dan tabah menghadapi ujian ini,” katanya.
SUMBER : MSTAR ONLINE via KL Viral
Post a Comment