Benarlah janji Allah sebagaimana disebutkan dalam satu hadis, orang yang menjaga dan membaca al-Quran itu akan dijaga dan dipelihara baik di dunia mahupun di akhirat.
Tahfiz Muda Meningal Akibat HIV. Pengurus Jenazah Bongkar Apa Yang Berlaku Saat Memandikannya |
Antara lain kelebihan orang yang hafaz al-Quran dirinya di tempatkan di syurga paling tinggi. Sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w dan Abdullah Bin Amru Bin AlAsh r.a. dari Nabi, beliau bersabda:
“Di akhirat nanti para ahli Al Quran diperintahkan, “Bacalah dan naiklah ke syurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca.”
ARTIKEL MENARIK: [VIDEO] Sungai Eufrat Hampir Kering , Pegang Dengan Kukuhnya Pesanan Nabi SAW Ini Supaya Kita Selamat Dari Huru Hara Kiamat
Antara lain hadis menyebut seseorang yang menghafal al-Quran merupakan bekal paling baik untuk dirinya. Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Jabir bin Nufair:
“Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik dari sesuatu yang berasal dariNya iaitu Al-Quran”.
Berdasarkan hadis-hadis di atas ternyata mereka yang hafaz al-Quran mempunyai banyak kelebihan.
Pengalaman memandikan mayyat seorang pelajar tahfiz muda berusia 19 tahun yang meninnggal akibat HIV masih melekat kukuh dalam ingatan Pengurus Jeenazah, Ustaz Mohamad Mandres bin Abdul Rahman, 42 tahun biarpun peristiwa itu berlaku sudah beberapa tahun.
Sebagai pengurus jenazh, apabila ada panggilan dari pihak hospital, biasanya dia akan melaksanakan tuntutan fardu kifayah itu seberapa segera tanpa mengira usia, siapa atau apa punca kematiannya.
“Suatu hari saya dipanggil bagi menguruskan maayat seorang lelaki muda. Ikutkan pada rekodnya, umurnya 19 tahun tetapi meninggal akibat HIV. Saya tak pasti bagaimana dia dijangkiti virus merbahaya ini dan saya pun tak bertanya kepada ahli keluarganya bagaimana penyakit berbahaya itu ada dalam jennazah ini. Tapi berdasarkan rekod tertera, itulah punca kematiannya sejak empat hari lalu,” katanya memulakan cerita.
Kongsi Ustaz Mohamad lagi, apa yang ingin dia sampaikan ini adalah satu perkongsian khusus untuk anak muda memahami betapa Allah ingin menunjukkan barang siapa yang meletakkan al-Quran sebagai sebahagian kehidupannya maka Allah memelihara individu tersebut khusus hatinya yang akan sentiasa rasa gembira.
Dia sendiri hanya menyedari pemuda itu seorang hafiz apabila terlalu ramai ustaz-ustaz dan rakan taulan datang ke bilik mandi jenazh. Saat berbual-bual sebelum memulakan tugas itulah dia dimaklumkan pemuda berusia 19 tahun ini adalah pelajar dari maahad mereka.
“Bila memandikan jenaazah begini, ada peraturan yang perlu saya ikuti. Biasanya sebelum dimandikan dengan air paip biasa, msayat perlu dimandikan dengan air klorok dahulu.
“Campurannya, satu botol klorok dan tiga baldi air. Biasa basuhan begini, kita akan mandikan pada awal mandian sebelum dimandikan air biasa. Di bilasan akhir nanti barulah dibasuh semula dengan air klorok itu sebelum membungkusnya dengan plastik kerana itulah prosedur hospital bagi mereka yang ada penyakit begini,”kongsinya.
(Atas) Jenazah yang ada penyakti berjangkit seperti HIV biasanya akan dibungkus dalam plastik sebelum dikafankan menurut prosedur hospital. Gambar hiasan semata
Tambah Ustaz Mohammad lagi, mengikut kebiasaannya, apabila mayat sudah masuk hari ke empat, mayat akan mula mengeluarkan bau yang kurang enak, bahagian tubuh badan akan mula merekah tanda ingin pecah. Ditambah dengan penyakit dihidapinya, kebiasaannya tubuh akan kering dan mudah rosak. Kulit akan mudah tertanggal saat dimandi dan tubuh badan digosok.
“Tapi pada pemuda ini, sebaik air mencurah ke tubuhnya, aliran air itu berlalu begitu saja. Senang cakap umpama letak air ke daun keladi. Seakan tak tersentuh. Saya mula tergamam dan berfikir, betapa istimewanya jenaazah ini.
“Air dilihat mengalir seolah-olah menyapa tubuhnya dengan lembut. Kulitnya juga masih baik dan tak tertanggal pun sebagaimana pengidap HIV yang lain. Saya mandikan dia dengan sabun biasa tapi bau pada tubuhnya lebih harum, umpama bau kasturi. Terlalu wangi yang saya sendiri tak pernah menciumnya.
“Teringat saya, apabila kita membaca al-Quran, meletakkan dalam dada kerana mampu memhafal ayat-ayat Allah ini (hafiz Al-Quran), maka Allah akan menjaga kita di dunia mahu pun di akhirat.
“Allah juga memudahkan semua urusan mandi jenazh itu. Pendek kata mudah uruskannya. Berbanding pengalaman lain memandikan mereka yang mengidap penyakit berbahaya itu, dapat saya simpulkan, walau mayattnya sudah empat hari, tapi seolah-olah arwah baru meninggal paginya,” katanya yang berkongsi cerita ini demi memberi sebuah pengajaran.
Tidak kiralah sebagaimana teruk perangai kita, sebanyak mana kita melakukan kejahatan atas kejahilan tapi andai dalam dada sudah kekal ayat-ayat al-quran, insya Allah, Allah akan menjaga dan memelihara individu itu di dunia lagi.
Waallahualam, semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran buat kita sebagai hamba Allah. – Remaja
Post a Comment