Najib ‘Gagal Kawal Perasaan’ Semasa Layan Soalan Wartawan Al Jazeera. Ini Puncanya Kenapa

Najib ‘Gagal Kawal Perasaan’ Semasa Layan Soalan Wartawan Al Jazeera. Ini Puncanya Kenapa

Najib ‘Gagal Kawal Perasaan’ Semasa Layan Soalan Wartawan Al Jazeera. Ini Puncanya Kenapa

Najib ‘Gagal Kawal Perasaan’ Semasa Layan Soalan Wartawan Al Jazeera. Ini Puncanya Kenapa
Najib ‘Gagal Kawal Perasaan’ Semasa Layan Soalan Wartawan Al Jazeera. Ini Puncanya Kenapa

Datuk Seri Najib Razak beberapa kali dilihat gagal mengawal perasaannya ketika diwawancara Al Jazeera untuk program 101 East hari ini, kata organisasi media itu.

ARTIKEL MENARIK: Akhirnya Najib Razak Buka Mulut Selepas Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Buat Kenyataan Tentang RM2.6Bilion



70a0d57711de3b0a12f0637da570dcb1.jpeg


Menurut Al Jazeera, dalam sesi soal jawab selama sejam itu bekas perdana menteri ditanya berkenaan isu-isu yang dikaitkan dengan dirinya, daripada isu “berlian merah jambu” kepada “derma RM2.6 bilion”.

Al Jazeera berkata Najib beberapa kali gagal bertenang dan soalan tentang berlian merah jambu menyebabkannya “kelihatan begitu jengkel”.

Wawancara itu dikendalikan Mary Ann Jolley, yang pernah diusir daripada Malaysia oleh pentadbiran BN pada 2015 ketika membuat liputan kes pembunuhan Altantuya Shariibuu.

Ketika Jolley membangkitkan perkara itu, Najib berkata beliau tidak menyesal berbuat demikian.

“Baguslah kami usir anda. Anda hanya menyibuk.


“Di negara ini kami tiada toleransi terhadap (tindakan) mereka-reka penipuan,” katanya.

Documentari

7ddc7c7ea409a91ed3b7f7964ea85694.jpeg

Jolley menerbitkan dokumentari bertajuk Murder in Malaysia yang cuba menjelaskan banyak persoalan yang tak terjawab seputar pembunuhan Altantuya.
Dokumentari selama 30 minit itu antara lain mendakwa Sirul Azhar Umar – salah seorang bekas komando polis yang disabitkan bersalah membunuh warga Mongolia itu pada 2006 – pernah cuba mengugut Najib.
Wawancara 101 East bersama Najib dijadual disiarkan pada pukul 11.30 pagi esok (27 Oktober), diikuti siaran ulangan pada Isnin dan Selasa.
Rancangan itu juga boleh ditonton secara atas talian selepas ia disiarkan buat kali pertama esok.

sumber Mkini

‘Saya mohon maaf, hanya risau keadaan keluarga’


Datuk Seri Najib Razak memohon maaf kerana gagal mengawal perasaannya semasa diwawancara Al Jazeera bagi program 101 East pagi tadi.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau hanya risau dengan keadaan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Norashman dan Riza Aziz, yang disoal siasat polis pada waktu yang sama.
“Ya, ada sesi wawancara bersama Al Jazeera pagi ini bermula pada pukul 10.30 pagi, iaitu waktu yang sama isteri, anak dan anak tiri saya disoal siasat polis secara serentak.
“Walaupun wawancara itu melangkaui jadual dan skop yang dipersetujui kami, saya gembira untuk menjawab soalan-soalan tambahan itu,” katanya kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun Najib berkata pengacara rancangan itu Mary Ann Jolley, yang sebelum ini terlibat dalam dokumentari pembunuhan Altantuya Shaariibuu, bertegas untuk membangkitkan perkara itu.
“Topik yang saya telah nafikan penglibatan saya berulang kali sepanjang dekad lalu, satu pembunuhan yang telah melalui banyak pendengaran mahkamah dan, dua minggu lalu, saya telah minta pembantu saya untuk membuat laporan kepada polis agar menyiasatnya semula untuk membersihkan nama saya.
“Saya harap Al Jazeera mengambil kira perkara ini dan tidak lagi melibatkan nama saya terhadap kehilangan tragik seorang ibu muda. Tidak benar sama sekali saya terlibat walaupun dengan segala propaganda bermotifkan politik yang mengaitkan saya.
“Topik itu, serta kebimbangan terhadap keluarga menyebabkan saya gagal kawal perasaan untuk seketika,” katanya lagi.
Najib berkata beliau tetap yakin telah berjaya menyatakan pandangan dan menyifatkannya sebagai satu sesi wawancara yang baik.
“Walaupun beberapa kali Mary Ann mengulang soalan terhadap saya walaupun saya telah memberi jawapan sebelum itu, secara keseluruhan saya percaya telah berjaya menyatakan pandangan sebenar mungkin dan saya anggap ia satu wawancara yang baik yang boleh membantu dunia untuk lebih memahami isu 1MDB daripada perspektif saya dan untuk membersihkan nama saya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Al Jazeera untuk wawancara itu dan meminta maaf jika saya gagal kawal perasaan. Saya tidak akan ragu-ragu untuk bersetuju jika mereka ingin mewawancara saya lagi,” katanya.
Dalam satu kenyataan media, Al Jazeera berkata Najib beberapa kali “gagal mengawal perasaan” ketika sesi soal jawab selama sejam itu.

Al Jazeera juga berkata Najib jelas “kelihatan jengkel” ketika ditanya tentang isu berlian merah jambu 22-carat yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

sumber Mkini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post