6 Perompak Bersenjata Berniat Rompak Kedai, Tapi Jadi Bahan Ketawa Apabila Mereka Kena Tipu Dengan Pemilik Kedai
6 Perompak Bersenjata Berniat Rompak Kedai, Tapi Jadi Bahan Ketawa Apabila Mereka Kena Tipu Dengan Pemilik Kedai |
Selalu kita tengok berita pasal orang rompak kedai mesti ganas, ada senjata and sangat tak berhati perut kan? Tapi, perompak yang ni lain macam sikit sebab rompakan tak menjadi bila dia diperbodohkan oleh pemilik kedai tu sendiri!
Menurut INDEPENDENT, enam perompak tu cuba untuk rompak sebuah kedai rokok elektronik dekat Charleroi, Brussels Sabtu lalu. Ketika diserang, pemilik kedai tu, Didier gunakan helah dan berjaya memerangkap sekumpulan perompak tersebut hingga dicekup pihak polis.
ARTIKEL MENARIK: Lans Koperal ditemui mati ditembak di kepala
Semasa kedai dia dimasuki sekumpulan perompak tu kira-kira jam 3 petang, Didier mencadangkan dorang datang semula supaya lebih banyak wang boleh diambil memandangkan mesin cashier tak cukup duit pada masa tu.
Kata Didier, dia beritahu enam penjenayah tu untuk datang semula dalam masa beberapa jam so that lebih banyak jualan dapat dilakukan dan mereka akan dapat lebih banyak wang hasil transaksi penjualan.
Dia beritahu yang jam 3 petang tu bukanlah waktu yang menguntungkan untuk dorang merompak.
“Saya berkata, ‘Kamu mungkin boleh mendapat $1,000 ini, tetapi jika datang lambat sikit pasti dapat lebih banyak wang.”
Tanpa disangka, dorang semua tu termakan kata-kata dan percaya dengan Didier! Lepas dorang beredar dari kedai, dia terus hubungi pihak polis tapi katanya polis tak percaya yang perompak tu semua akan datang semula.
Kira-kira jam 5.30 petang, kumpulan penjenayah tu datang semula untuk ‘ambil’ wang yang dijanjikan tapi sekali lagi, Didier buat helah.
“Saya marah kerana mereka datang sebelum waktu tutup kedai. Saya kata, kedai ditutup jam 6.30 petang, bukannya 5.30 petang lalu mereka sekali lagi beredar.”
YES, buat kali kedua, perompak tu semua masih tertipu dan percaya dengan Didier!
Tapi, kali ketiga dorang datang kedai tu lebih kurang jam 6.30 petang, rupa-rupanya ada polis dah ready untuk cekup tapi dorang tak perasan sebab polis tu semua berpakaian biasa.
Bagaimanapun, salah seorang daripada perompak tu berjaya larikan diri dan hanya lima berjaya ditangkap polis. Kumpulan tu tak henti-henti ditertawakan dan dilabel perompak paling teruk dekat Belgium sebab mudah diperbodohkan.
Macam mana lah dorang boleh tertipu dan ikut je arahan pemilik kedai tu. Haha!
via KL Viral
Post a Comment