PETALING JAYA: Pesilat negara, Mohd Al Jufferi Jamari ditenangkan Menteri Belia dan Sukan selepas kecewa dengan aksi akhir dalam Kelas E (65kg-70kg) pada Sukan Asia, Isnin.
Rupa2nta ini punca sebenar mengapa pesilat negara ini menengis berkali2 meminta maaf. Ayat Syed Saddiq gunakan untuk tenangkan beliau memang terbaik |
Pesilat harapan emas negara ini terpaksa akur merangkul pingat perak selepas tewas kepada pesilat tuan rumah, Komang Harik Adi Putra, 1-4.
Menerusi klip video satu minit yang dimuat naik di Twitter Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menunjukkan Al Jufferi menangis sambil meminta maaf kepadanya.
Syed Saddiq kelihatan cuba memujuk Al Jufferi dan memeluk juara dunia 2016 dan pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu.
ARTIKEL MENARIK: Kerajaan BN Tak Tolong, Bapa Habiskan Simpanan RM40 Ribu Latih Anak Jadi Atlet Negara
“Kamu tetap pemenang di mata dan hati kami semua brother Al Jufferi.
“Jangan sesekali minta maaf. Never. Saya tidak akan terima.
“Saya berdiri teguh bersama anda, perwira kita. InsyaAllah, Allah akan hadiahkan anda dengan pelbagai jalan, brother,” tulis Syed Saddiq.
VIDEO:
Kamu tetap pemenang di mata dan hati kami semua brother Al Jufferi. Jangan sesekali minta maaf. NEVER. Saya tidak akan terima. Saya berdiri teguh bersama anda, pewira kita.— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 27, 2018
Inshaallah, Allah will reward you in many more ways brother. #MalaysiaBolehpic.twitter.com/mmGenfJRRC
sumber: mstar
Dalam final kelas E yang berlangsung petang tadi, Al Jufferi, membuat keputusan untuk menarik diri di pertengahan aksi berdepan wakil tuan rumah, Komang Harik Adi Putra, berikutan rasa tidak puas hati dengan barisan juri yang didakwa berat sebelah.
Barisan lima juri dikatakan lebih banyak memberikan mata kepada wakil tuan rumah itu, tatkala banyak serangan yang dibuat Al Jufferi dalam final kelas E petang tadi.
Dalam temubual bersama wartawan Astro Arena, Bazly Azmi, Al Jufferi berasa tidak puas hati dengan juri dua dan tiga kerana tidak mengadili perlawanan dengan baik.
“Ya, saya menarik diri kerana tidak berpuas hati dengan juri dua dan tiga kerana tidak mengadili perlawanan saya dengan baik bersama Komang Harik. Jadi, saya tidak boleh terima mutu pengadilan.
“Saya tidak menyalahkan Komang kerana dia adalah pesilat biasa seperti saya dan ingin mendapatkan emas, jadi dia tidak salah,” kata Al Jufferi.
Al Jufferi juga menyatakan, pesilat Indonesia lain dan penyokong-penyokong tuan rumah tidak bukan masalah buatnya lantaran mereka hanya menjalankan tugas.
Jaguh negara itu menegaskan: “Yang salah hanyalah juri.”
“Saya tidak berasa marah dengan mereka dan Komang Harik, sebaliknya marah dengan juri. Saya menarik diri kerana rasa tidak dihormati selaku seorang pesilat yang sering membawa cabaran Malaysia.
“Peluang untuk acara ini dibawa ke Sukan Asia atau Sukan Olimpik selepas ini akan terjejas kerana daripada segi pengadilan. Terus-terang, jika perkara ini berterusan, tak akan ada sukan silat.
“Saya berpuas hati dengan persembahan yang saya pamerkan, berbanding tiga saat yang dipermainkan,” tambahnya.
VIDEO:
sumber: astroawani
Post a Comment