Bukan kali pertama kita dengar atlet kita tidak dibantu dengan baik oleh pihak kerajaan. Ada sahaja masalah yang timbul lebih-lebih lagi mengenai isu kewangan.
Kerajaan BN Tak Tolong, Bapa Habiskan Simpanan RM40 Ribu Latih Anak Jadi Atlet Negara |
Baru-baru ini, bapa kepada atlet luncur ais negara, B Chendren Balakrishnan terkilan apabila pihak-pihak yang sepatutnya membantu menguruskan sukan negara hanya lepas tangan sahaja.
Dia membelanjakan RM 40,000 demi membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa. Bukan itu sahaja, malah anaknya, Sree Abiraame berjaya menyapu 4 pingat emas di pertandingan Skate Asia 2018.
ARTIKEL MENARIK: Akhirnya ini nasib yang menimpa Mat Rempit ini selepas merempuh pejalan kaki. Dua Mat Rempit ini diburu polis
Rangkul 4 pingat emas di Skate Asia!
Kerajaan Malaysia yang dulu kita dah rujuk kepada Menteri Sukan, tapi tak dapat apa-apa maklum balas.
Chendren juga memberitahu bahawa mereka memerlukan dana yang banyak bagi sukan ini. RM30,000 ke RM40,000 diperlukan hanya untuk latihan sahaja kerana mereka memerlukan kepakaran latihan luar.
Bukan itu sahaja, kasut sepasang pun boleh cecah RM5,000! Kalau nak bawa ke pertandingan, pakaian kena ada sekurang-kurangnya kena ada lima hingga ke enam persalinan dan harga setiap satu adalah RM500-RM600.
Kos latihan melebihi RM 40,000
Chendren yang ditemu bual di KLIA berharap agar kerajaan baru dapat membantu dalam meringankan beban mereka kerana mereka membawa nama Malaysia.
KBS sekarang kena ambil inisiatif untuk membawa anak-anak kita ke satu tahap baharu di Olimpik. Kemenangan Abiraame yang berusia enam tahun adalah aset masa depan Malaysia di Sukan Olimpik dan saya yakin dia mempunyai potensi besar meraih pingat di Olimpik 2026 nanti.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Sree Abiraame dan Chendren dalam kejayaan merangkul 4 pingat emas di Skate Asia 2018. Semoga kerajaan baru dapat membantu meringankan beban dan anda terus mengharumkan nama Malaysia! - BH Online
Sumber: https://www.ohmymedia.cc/
Post a Comment