Nurul bantah bekas IGP dipilih sebagai fasilitator keamanan kerana Peristiwa ‘mata lebam’. Ini respond padu Rahim Noor

Nurul bantah bekas IGP dipilih sebagai fasilitator keamanan kerana Peristiwa ‘mata lebam’. Ini respond padu Rahim Noor

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor berkata peristiwa “mata lebam” Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 tidak relevan dalam pelantikannya sebagai fasilitator rundingan damai wilayah selatan Thailand.

Nurul bantah bekas IGP dipilih sebagai fasilitator keamanan kerana Peristiwa ‘mata lebam’. Ini respond padu Rahim Noor
Nurul bantah bekas IGP dipilih sebagai fasilitator keamanan kerana Peristiwa ‘mata lebam’. Ini respond padu Rahim Noor

Menyifatkan ia peristiwa lama yang tak perlu diungkit kembali, beliau percaya kerajaan memilihnya atas peranannya ketika rundingan damai dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1989.

Rundingan itu menyaksikan PKM menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand – dinamakan sebagai Perjanjian Hat Yai – menamatkan pemberontakan lebih 40 tahun.

“Apa yang berlaku ketika itu (peristiwa mata lebam) adalah kisah lalu. Tidak relevan untuk dia (Nurul Izzah) mengaitkan apa yang berlaku itu dengan pelantikan saya.

ARTIKEL MENARIK:  Apa Pengasuh Dah Buat Pada Baby Ini, Si Kecil Ini Koma Terdapat Pendarahan Dalam Kepala Dan Mata


“Melainkan keputusan untuk melantik saya dibantah pihak berkuasa Thai atau MARA Pattani (wakil beberapa kumpulan militan disana). Setakat ini, daripada maklum balas yang saya terima, tiada yang menunjukkan bantahan mereka.

“Dua pihak inilah yang penting dalam proses damai,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pagi ini, Nurul Izzah menyuarakan bantahan terhadap pelantikan Rahim yang disifatkannya sebagai “penyerang ganas ke atas seorang lelaki yang tidak bersalah.”

Izzah merujuk kepada Anwar yang diserang ketika dalam tahanan polis selepas dipecat daripada kerajaan pada 1998. Gambar mata lebamnya menjadi salah satu simbol gerakan Reformasi.

Ia berikutan laporan menyatakan Rahim akan menggantikan Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim untuk peranan itu.

Rahim yang menjadi IGP antara 1994 hingga 1999 berkata reaksi seumpama itu sudah dijangka daripada seorang ahli politik.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan juga mungkin memilihnya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan dalam soal keselamatan dan sempadan.

“Dulu kita berjaya menyelesaikan masalah PKM yang bercokol di Selatan Thailand melalui rundingan damai. Tahun depan adalah ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai.

“Dan kini ada satu lagi masalah di sempadan – konflik antara orang Melayu dengan kerajaan Thai – yang berlaku di bahagian selatan. Saya percaya kerajaan beri saya peranan ini kerana pengalaman saya,” katanya lagi.




Nurul bantah bekas IGP dipilih sebagai fasilitator keamanan


f0262ca3b27bb79941f9e7519655805e.jpg


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, membantah keputusan kerajaan yang melantik bekas ketua polis negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baru untuk proses keamanan di selatan Thailand.

Menulis di Twitter, beliau menyifatkan Rahim sebagai “penyerang ganas ke atas seorang lelaki yang tidak bersalah.”

“Saya tegas menentang pelantikan seorang penyerang ganas ke atas seorang lelaki yang tidak bersalah, ketika matanya ditutup dan tangannya digari – serta dibiarkan terlantar tanpa rawatan perubatan selama beberapa hari.

“Kemudiannya, berbohong kepada seluruh dunia mengenai lokasi dan nasib mangsa. Malu ke atas mereka yang melakukan kekejaman itu,” katanya.
I unequivocally oppose this appointment of a brutal assaulter of an innocent man,as he lay there blindfolded & handcuffed – left w/out medical attn for days. This being then lied 2 d whole world as to d victim’s whereabouts & wellbeing. Shame on those who executed this travesty https://t.co/aqN3YQPtta
— Nurul Izzah (@n_izzah) August 27, 2018

Nurul merujuk kepada peristiwa “mata lebam” apabila bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipukul ketika dalam tahanan polis selepas pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998.

Perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan bahawa timbalannya itu sengaja mencederakan diri sendiri tetapi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kemudian mendapati bahawa Rahim yang menyerangnya.

Rahim, 75, menggantikan Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim sebagai fasilitator baru untuk proses perdamaian di selatan Thailand antara kerajaan Thai dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) dan Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO).

Mengulas kenyataan Nurul Izzah, pakar strategi BERSATU, Rais Husin bersetuju dengannya.

“Kita semua mesti bersama dengannya. Kerajaan mesti membatalkan pelantikan ini dengan segera,” katanya.
I am with @n_izzah on this. We must all be with her on this. The government must undo this appointment immediately. https://t.co/ld0RPXImg7
— Dr. Rais Hussin (@raishussin) August 27, 2018

Terdahulu, ahli parlimen Rembau,Khairy Jamaluddin menyifatkan pelantikan bekas IGP itu sebagai peristiwa “mata hitam” untuk Malaysia.

“Saya mungkin di pihak yang bertentangan tetapi tunjuk sedikit rasa hormat kepada bakal perdana menteri kamu,” kata Khairy merujuk kepada persetujuan Pakatan Harapan bahawa Anwar bakal menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.
“Tidak berhati perut dan keji,” ciapnya.
He has vast experience handling the communist insurgency. But this appointment is a black eye on Malaysia. I may be on the other side but show some respect to your incoming Prime Minister. Heartless & despicable. True to Palpatine form. https://t.co/LVGBjLFj2N
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) August 26, 2018

‘Nurul Izzah hanya kira pasal mata lebam bapa dia saja’


e2360c0892f05dba4f2c3314e2d26261.jpeg


Tan Sri Zainuddin Maidin mempertahankan bekas ketua polis negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor berikutan bantahan terhadap pelantikannya sebagai fasilitator baru untuk proses perdamaian di selatan Thailand.

Sambil menjadikan Naib Presiden PKR Nurul Izzah, sebagai sasarannya, beliau berkata, anak Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mengambil berat tentang “mata lebam” ayahnya.

“Dia hanya kira pasal mata lebam bapa dia sahaja. Jasa lebih besar Rahim Noor jayakan rundingan damai PKM Malaysia dan Thai untuk kepentingan rakyat dia tak nampak.

“Tak payahlah korek luka lama,” kata bekas menteri penerangan itu, yang lebih dikenali sebagai Zam.

Terdahulu, Nurul Izzah membantah keputusan kerajaan yang melantik Abdul Rahim bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim Noor sebagai fasilitator baru untuk proses perdamaian di selatan Thailand antara kerajaan Thai dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) dan Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO).

Menulis di Twitter, beliau menyifatkan Rahim sebagai “penyerang ganas ke atas seorang lelaki yang tidak bersalah.”

“Saya tegas menentang pelantikan seorang penyerang ganas ke atas seorang lelaki yang tidak bersalah, ketika matanya ditutup dan tangannya digari – serta dibiarkan terlantar tanpa rawatan perubatan selama beberapa hari.

“Kemudiannya, berbohong kepada seluruh dunia mengenai lokasi dan nasib mangsa. Malu ke atas mereka yang melakukan kekejaman itu,” katanya.

Anwar dibelasah semasa dalam tahanan polis selepas pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang adalah perdana menteri ketika itu tidak menolak kemungkinan bahawa timbalannya sengaja mencederakan diri sendiri tetapi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kemudian mendapati bahawa Rahim yang menyerangnya.

Dr Mahathir Mohamad, yang ketika itu menjadi perdana menteri, pada mulanya mencadangkan kecederaan itu boleh dilakukan sendiri, tetapi Suruhanja


sumber: malaysiakini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post