Aishah mahu hadiah gantian sama nilai dengan loket

Aishah mahu hadiah gantian sama nilai dengan loket

KUALA LUMPUR – Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, 52, tidak kisah jika loket yang dihadiahkan kepadanya oleh Datuk Seri Vida sempena kemenangan menerusi program Gegar Vaganza 4 (GV4) tahun lalu diganti dengan ganjaran lain.

Aishah mahu hadiah gantian sama nilai dengan loket
Aishah mahu hadiah gantian sama nilai dengan loket



ARTIKEL MENARIK:  ‘Mata saya di posisi dada awak, Uqasha’ – Iqram Dinzly





Walaubagaimanapun, Aishah berharap agar hadiah gantian tersebut mempunyai nilai yang setimpal dengan harga loket yang didakwa bernilai RM80,000 itu.

“Kalau boleh, gantikan dengan wang tunai atau emas 999 yang setimpal dengan nilai awal loket berkenaan.

“Saya bukan tidak mahu menerima bitcoin seperti yang dicadangkan oleh Datuk Vida. Cuma saya tidak percaya dan kurang faham dengan sistem dagangan seperti ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Terdahulu, Aishah menerusi akaun Instagramnya mendakwa loket pemberian Vida atas kemenangannya pada GV4 tidak mempunyai nilai kerana diperbuat daripada kubik zirconia dan batu sintetik.

Vida kemudiannya membalas kenyataan berkenaan dengan menawarkan Lavinda Coin, jenama mata wang kripto alam maya sebagai ganti.


Berlian mempunyai nilai susut


Menurut Dato Vida, “Aishah mungkin tidak faham hadiah rantai berlian itu mempunyai nilai susut. Tidak mengapa, pulangkan semula kepada saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambahnya, berlian mempunyai grednya tersendiri dan ada ketikanya harga permata itu tinggi dan ia juga boleh susut nilai.

Vida berkata, sejak Aishah memuat naik status mengenai hadiah kemenangan itu dalam akaun sosial Instagram milik penyanyi tersebut, ia telah memberi reputasi buruk terhadap dirinya sebagai ahli perniagaan.

Penyanyi lagu Janji Manismu itu turut memberitahu dia berasa terkilan apabila sehingga kini masih belum menerima lot tanah yang dijanjikan.



“Untuk pengetahuan hadiah wang tunai, percutian dan gift cards memang dah dapat, Alhamdulillah,” luahnya menerusi beberapa posting di Instagram.

Pada program GV4 yang berlangsung tahun lalu, Aishah  memenangi tempat pertama dan menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar beli-belah bernilai RM6,000 berserta piala.

Sumber: Kosmo Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post