Rungut azan ‘menyakitkan telinga’, wanita dipenjara 18 bulan

Rungut azan ‘menyakitkan telinga’, wanita dipenjara 18 bulan

Hormat azan, jawab seruannya

Rungut azan ‘menyakitkan telinga’, wanita dipenjara 18 bulan
Rungut azan ‘menyakitkan telinga’, wanita dipenjara 18 bulan

Dalam zaman serba maju ini, pada saat ramai meletakkan dunia sebagai pilihan nombor satu, apakah kita juga akan terikut-ikut dengan lagak mereka? Inilah masanya akal yang waras digunakan.

Pernahkah terjadi, apabila kita mahu berhenti seketika sewaktu sedang asyik bermesyuarat semata-mata kerana terdengar laungan azan, ramai yang terkejut. Bukannya lama, tidak sampai pun dua minit kerana itu adalah suara menyeru kepada kebaikan.

ARTIKEL MENARIK: Mekah Mungkin Dilanda Banjir Besar Akibat Hujan Lebat, Doakan Jemaah Haji Disana Dipermudahkan Urusan. InsyaAllah


Padahal mendengar lagu-lagu melalaikan sehingga berjam-jam boleh pula. Ada juga yang berterusan bergosip, berbual perkara mengaibkan dan bergurau senda hingga mengabaikan batas pergaulan tatkala azan berkumandang.

Walaupun amalan menghormati azan nampak kecil sahaja perbuatannya namun apabila terjumpa sebuah hadis yang bermaksud; “Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak ALLAH akan kelukan lidahmu ketika maut menghampiri.” Ah, saya jadi terpana seketika!

Tapi lain pula yang berlaku di jakarta apabila wanita ini merungut azan ‘menyakitkan telinga’, wanita ini dipenjara 18 bulan

JAKARTA: Seorang wanita di Indonesia dijatuhi hukuman penjara 18 bulan, hari ini kerana merungut tentang laungan azan terlalu kuat.

Meiliana, 44 tahun, didapati bersalah kerana menghina Islam selepas dia meminta masjid di kawasan kejiranannya memperlahankan sistem pembesar suara laung azan atas alasan ‘menyakitkan telinganya’.

Rungut azan 'menyakitkan telinga', wanita dipenjara 18 bulan

Meiliana, 44 tahun, didapati bersalah kerana menghina Islam selepas dia meminta masjid di kawasan kejiranannya memperlahankan sistem pembesar suara laung azan. – Foto REUTERS
Mahkamah di bandar Medan di Pulau Sumatera memberitahu rungutan wanita itu turut mencetuskan rusuhan ganas di kawasan kejiranan tersebut, kira-kira dua tahun lalu hingga memaksa sebahagian penduduk Cina melarikan diri.

Tahun lalu, bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok dihukum penjara dua tahun kerana menghina Islam selepas beliau didapati bersalah menggunakan ayat al-Quran dalam ucapannya ketika berkempen. – AFP

sumber: astroawani

Diharapkan di Malaysia, kes2 seperti ini tidak berlaku. Contohilah sikap Guang Eng yang menghormati azan walaupaun berbeza fahaman agama


Henti sidang media hormati azan, Guan Eng dipuji netizen

LGE-Menteri-Kewangan.jpg


Sidang medianya bermula lewat tengah hari semalam, dan langsung lewat masuk waktu solat Zohor. Apabila azan berkumandang, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tiba-tiba menghentikan ucapannya, bagi menghormati azan.

Rakaman sidang media tersebut mula tular di media sosial dan mengundang puji-pujian daripada warga internet.

Dalam ruang komen, Shazmin Ghazali menulis “LGE yang bukan muslim tunjuk akhlak yang mulia, persoalannya bila kita yang muslim ni nak menunjukkan akhlak sebaik beliau dengan menghormati agama dan adat kaum lain?”

Seorang lagi pengguna Facebook, Azahari Mahamad berkata “Kita pun tak boleh buat macam LGE… orang azan, kat tangan masih main handphone.”

Netizen menggunakan nama El Kopite pula menimbulkan semula persoalan fitnah larangan azan, ketika Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Soal beliau, “Macam mana orang boleh cakap dulu azan tak dibenarkan di Pulau Pinang? Haha”

Dalam satu balasan komen lain, Ahmad Mukmin menulis, “Melayu muslim pun ada yang kalau dengar azan boleh bergelak tawa lagi.”

Pegawai media Guan Eng, Rahmah Ghazali; dalam satu perkongsian di Facebook memberitahu bahawa penggunaan speaker adalah ekoran tazkirah Zohor di surau kementerian.

“Sidang media kali ni lewat sikit dan kebetulan azan zohor berkumandang ketika beliau memberikan kenyataan media,” tulisnya.

“Aku yang dalam bilik tu dah panik. Terus berlari keluar (untuk) beritahu pengawal, kalau boleh perlahankan sedikit suara azan tu. Lepas tu tengah masuk balik bilik sidang media, semua orang, termasuk Lim Guan Eng, sedang senyap tanda menghormati azan,” katanya.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan yang baharu di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau dikenali umum lantaran ucapannya yang mahu mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz, dan ucapan-ucapannya tentang usaha ‘amar makruf nahi mungkar’. – Roketkini.com
VIDEO:
YB Lim Guan Eng memberhentikan seketika ucapan di sidang media apabila mendengar azan berkumandang..Apa pendapat anda?Kredit: Kameel Abuya
Posted by Siakap Keli on Tuesday, 5 June 2018
Edited by:  theexpressviral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post