Turutan gambar terbalik sengaja sebar berita palsu, Tun M tak tersungkur!
Tular Gambar Tun M jatuh tersungkur, rupa2nya ini perkara sebenar yang terjadi |
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad dalam keadaan baik, tidak seperti yang digambarkan menerusi mesej tular memaparkan dua gambar seolah-olah menunjukkan beliau tersungkur semasa solat sunat Aidiladha di Masjid Negara pada Rabu.
Mesej yang tersebar di WhatsApp dan Facebook, menunjukkan gambar Dr Mahathir sedang berdiri sementara seorang lelaki yang tidak dikenali memegang lengannya, diikuti oleh sekeping gambar lagi yang memaparkan beliau membongkok ke lantai, menahan dirinya menggunakan tangannya.
ARTIKEL MENARIK: Mereka yang tandatangan orang b*doh… – Anthony Loke
Mesej tersebut menyebut Perdana Menteri tersandung di masjid kerana beliau “penat atas pelbagai sebab”.
Bagaimanapun, seorang pegawai yang rapat dengan Dr Mahathir menafikan berita palsu dan menyifatkannya sebagai “propaganda”.
“Beliau tidak terjatuh… beliau sihat,” katanya kepada The Star.
Realitinya, pegawai itu memberitahu bahawa turutan gambar yang diambil oleh penulis blog, Minaq Jinggo telah diterbalikkan, dan turutan sebenar gambar menunjukkan Dr Mahathir bangun selepas selesai menunaikan solat.
“Gambar-gambar tersebut bermaksud untuk menceritakan kepada dunia bahawa PM7 (Perdana Menteri ketujuh, Dr Mahathir) berupaya untuk bangun sendiri tanpa bantuan.
Beliau masih cukup bertenaga untuk melakukannya walaupun hanya rehat yang sedikit selepas kunjungannya ke China,” jelas jurugambar veteran itu kepada The Star.
Gambar sebenar:
Air mata Tun M tumpah depan ulama
PUTRAJAYA – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menceritakan satu peristiwa ketika pertemuan khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama tokoh ulama dan cendekiawan Islam yang membuatkannya merasa sebak.
Memetik laporan portal Malaysiakini, Dr Asri berkata, ia adalah di mana Mahathir menangis ketika mengatakan keperluan untuk umat Islam kembali kepada al-Quran sebagai rujukan utama.
“Semasa Tun Mahathir mengucapkan ‘kita sudah tiada jalan lain untuk menjadi umat Islam yang berjaya melainkan kena baca al-Quran’, beliau menangis dan tidak mampu lagi meneruskan ucapan.
“Saya juga rasa sebak. Semoga ALLAH SWT merahmati Tun (Mahathir),” katanya di Instagram.
Dr Asri mengiringi kata-kata itu dengan gambarnya bersama Mahathir ketika pertemuan itu.
Dalam pada itu, seramai 37 tokoh ulama dan cendekiawan Islam mengadakan pertemuan khas kira-kira dua jam bersama Mahathir di Jabatan Perdana Menteri, semalam.
Antara yang hadir, selain Asri, adalah Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang; pensyarah Universiti Oxford United Kingdom, Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti; Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan timbalannya Fuziah Salleh.
sumber: mstar, sinar harian
Post a Comment