Mekah Mungkin Dilanda Banjir Besar Akibat Hujan Lebat, Doakan Jemaah Haji Disana Dipermudahkan Urusan. InsyaAllah

Mekah Mungkin Dilanda Banjir Besar Akibat Hujan Lebat, Doakan Jemaah Haji Disana Dipermudahkan Urusan. InsyaAllah

Para Jemaah Haji Diuji Ribut Pasir di Arafah

Mekah Mungkin Dilanda Banjir Besar Akibat Hujan Lebat, Doakan Jemaah Haji Disana Dipermudahkan Urusan. InsyaAllah
Mekah Mungkin Dilanda Banjir Besar Akibat Hujan Lebat, Doakan Jemaah Haji Disana Dipermudahkan Urusan. InsyaAllah

ARAFAH: Kejadian ribut pasir yang jarang berlaku ketika musim panas di sini, membadai penempatan jemaah haji yang bersiap sedia untuk berwukuf di Padang Arafah lewat petang semalam.

ARTIKEL MENARIK: [VIDEO] Ribut Pasir Di Mekah, Mohon Doakan Jemaah Haji Di Arafah!





Angin kencang itu merosakkan khemah jemaah hingga menyebabkan bekalan elektrik terganggu di seluruh kawasan perkhemahan jemaah di Arafah.



Ia bermula ketika matahari mulai terbenam kira-kira jam 6.30 petang dalam keadaan jemaah haji tiada persediaan serta tidak menyangka kawasan itu akan dibadai ribut.


Bagaimanapun ribut yang melanda tidak menggugat semangat jemaah haji untuk melakukan wukuf apabila menganggap hujan yang dialami sebagai satu rahmat dan ujian dalam menunaikan ibadat haji.


Ketua rombongan jemaah Tabung Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata semua jemaah Malaysia berada dalam keadaan selamat.



Beliau berkata, pihak berkuasa Arab Saudi terpaksa memotong sementara bekalan elektrik ke kawasan perkhemahan ketika ribut melanda di antara jam 6.30 petang hingga 8.30 malam demi memastikan keselamatan jemaah haji.

Sebahagian khemah yang rosak akibat bencana itu sedang dibaiki oleh pihak berkuasa.
Bekalan elektrik ke kawasan perkhemahan dipulihkan secara berperingkat mulai jam 10.45 malam, katanya.



Seramai 30,200 jemaah haji Malaysia mula tiba secara berperingkat untuk berwukuf di Arafah mulai pagi semalam, bagi menyertai kira-kira tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia berhimpun di sini yang menjadi rukun dalam ibadat haji.

Video:

Mekah Mungkin Dilanda Banjir Besar Akibat Hujan Lebat, Doakan Jemaah Haji Disana Dipermudahkan Urusan. InsyaAllah

Jabatan Kaji Cuaca Arab hari ni ramal Mekah mungkin hadapi banjir besar musim haji ni ekoran hujan lebat luar biasa. Semoga Allah permudahkan urusan kesemua jemaah.

BANJIR BESAR SUSULAN HUJAN LEBAT LUAR BIASA

Jabatan Kaji Cuaca Arab Saudi mengumumkan kemungkinan berlaku banjir di Makkah semalam susulan hujan pada tahap sederhana dan lebat, lapor akhbar Al Akhbariya.
Video Penuh Ribut Di Mekah
Jemaah haji hadapi dugaan ribut di Arafah
Jemaah haji hadapi dugaan ribut di ArafahArtikel lanjut di https://goo.gl/7QYM8R
Posted by Sinar Harian on Monday, August 20, 2018
Pihak berkuasa meramalkan cuaca tidak stabil yang meliputi Makkah, Mina dan Arafah akan berterusan sehingga malam semalam.

Hujan turun ketika dua juta umat Islam berada dalam khemah di Mina untuk menyambut Hari Tarwiyah.



Tiada amaran dikeluarkan kerana bimbangkan keselamatan jemaah Haji yang akan meninggalkan Arafah menjelang subuh semalam.

Imej dan video akhbar Al Arabiya di media sosial menunjukkan kelambu Kaabah, Kiswah, tertanggal disebabkan angin kencang di Makkah petang kelmarin.



Musim haji dikawal ketat pihak berkuasa Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah. – Berita Harian

KAABAH ADA DUA PINTU? INI SEJARAHNYA

#1. Ketika berlakunya ribut yang kuat semalam, kelambu Kaabah telah terselak sehingga ternampak binaan batu yang seakan ada pintu yang telah ditutup. Ada yang bertanya, apakah Kaabah mempunyai dua pintu pada asalnya?



#2. Melihat dinding Kaabah tersebut, teringat saya hadith Rasulullahﷺ yang menyatakan bahawa Rasulullahﷺ berharap agar Kaabah dibina dengan binaannya yang asal dan Rasulullah berhasrat untuk membuat dua pintu untuk Kaabah. Tetapi bimbang kerana Quraysh akan membantah, maka binaan sedemikian tidak diteruskan. Perbualan antara Rasulullahﷺ dengan Saidatina Aisyah ini direkodkan di dalam Sahih Muslim:

عنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «أَلَمْ تَرَيْ أَنَّ قَوْمَكِ حِينَ بَنَوْا الْكَعْبَةَ اقْتَصَرُوا عَنْ قَوَاعِدِ إِبْرَاهِيمَ» قَالَتْ: فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَفَلَا تَرُدُّهَا عَلَى قَوَاعِدِ إِبْرَاهِيمَ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَوْلَا حِدْثَانُ قَوْمِكِ بِالْكُفْرِ لَفَعَلْتُ»

“Rasulullahﷺ berkata kepada Aisyah: Tidakkah engkau tahu bahawa kaummu Quraysh telah membina Kaabah kurang (atau tidak sempurna) dari binaannya yang asal yang dibina oleh Nabi Ibrahim. Lalu Aisyah berkata: Mengapa engkau tidak mendirikannya semula sesuai dengan asas binaan yang dibina oleh Nabi Ibrahim? Lalu Rasulullahﷺ menjawab: 

Kalaulah bukan kerana kaummu masih dekat dengan kekufuran, maka aku telah binanya semula (seperti yang dibina oleh Nabi Ibrahim)”

#3. Menurut hadith ini, Kaabah yang dibina oleh Quraysh sebenarnya adalah lari dari binaan asal yang dibuat oleh Nabi Ibrahim. Sewaktu pembinaan semula Kaabah, Qurasyh menghadapi kekurangan bajet sehingga HIjir Ismail yang pada asalnya adalah sebahagian dari Kaabah telah terpisah dari Kaabah. Dalam riwayat Muslim juga disebutkan:

ولجعلت لها بابا يدخل الناس منه وبابا يخرجون منه

“Dan aku akan membina bagi Kaabah ini dua pintu, satu pintu untuk manusia masuk dan satu pintu untuk mereka keluar.”

#4. Apabila sampai zaman Abdullah ibn Zubair menjadi Gabenor Mekah, Kaabah telah terbakar dan beliau memperbaiki Kaabah selaras dengan hasrat Rasulullahﷺ iaitu membina baginya dua pintu. Namun setelah beliau meninggal, Khalifah sesudahnya iaitu Abdul Malilk menutup pintu itu kembali kerana perselisihan yang berlaku antara mereka.

#5. Apabila tiba zaman Khalifah al-Mahdi, beliau ingin membinanya semula seperti yang dibina oleh Abdullah ibn Zubayr, tetapi telah dihalang oleh al-Imam Malik. Al-Imam Malik menyatakan bahawa: “Janganlah Kaabah ini menjadi permainan pemerintah”.

#6. Lalu Kaabah kekal atas keadaannya yang sedemikian. Kesungguhan Khalifah Abbasiyyah untuk membina Kaabah seperti yang disarankan oleh Rasulullah direkodkan didalam Fath al-Bari oleh Ibn Hajar. (turut dinyatakan pandangan Ibn Abd al-Barr dan al-Qadi ‘Iyad).

#7. Perselisihan pimpinan Muslim terkadang menjadikan mereka menzahirkan pandangan mereka dan mengaplikasikannya pada sesuatu yang bukan utama. Sehinggalah al-Imam Malik memberikan pandangannya yang tegas dan berharap tumpuan diberikan kepada perkara yang lebih utama seperti kesatuan Ummah.

Moga terdapat pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa sirah ini.

Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi Penasihat Syariah Indahnya Islam:

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post