BR1M akan dikurangkan sedikit demi sedikit – Dr M

BR1M akan dikurangkan sedikit demi sedikit – Dr M

Kerajaan akan mengurangkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedikit demi sedikit, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

BR1M akan dikurangkan sedikit demi sedikit – Dr M
BR1M akan dikurangkan sedikit demi sedikit – Dr M

Portal The Malaysian Insight (TMI) dalam wawancara bersama Mahathir melaporkan langkah itu akan dilakukan beransur-ansur sebelum BR1M dihapuskan.

“Kita akan kurangkan sedikit demi sedikit apa yang kita berikan kepada mereka (BR1M) dan jelaskan kepada mereka apa objektif kita.

“Saya sentiasa cakap mengenai tongkat. Buanglah tongkat anda, berjalan di atas kaki sendiri. Barulah anda menjadi kuat dan anda akan jadi lebih baik.

ARTIKEL MENARIK: Tular Gambar Tun M jatuh tersungkur, rupa2nya ini perkara sebenar yang terjadi


“Jika anda hanya suap rakyat, mereka akan jadi lemah,” kata Dr Mahathir seperti dilaporkan TMI.

Beliau juga dilapor berkata pentadbiran kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak sebelum ini ‘memanjakan rakyat’ dengan memberikan mereka wang tanpa melakukan kerja.

Image result for tun m BR1M


“Najib memanjakan rakyat dengan membuatkan mereka fikir tanpa melakukan sebarang kerja kerajaan akan berikan wang kepada mereka.

“Sekarang kita tidak boleh berikan mereka wang kerana kita tidak mencuri wang, tetapi mereka masih mahu wang (BR1M).

“Tetapi rakyat masih mahukan BR1M. Mereka menjadi sangat bergantung kepada kerajaan dan ini adalah tidak baik. Mana-mana negara yang rakyatnya berasa kerajaan akan membayar wang walau tidak melakukan apa-apa, ia akan muflis,” katanya seperti dilapor.

Mahathir berkata, objektif kerajaan baru adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan sebanyak mungkin menerusi pelaburan asing dan domestik.


BR1M mula diperkenalkan pada 2012 dengan pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah menerima RM1,200, manakala golongan berpendapatan antara RM3,000 dan RM4,000 menerima bantuan sebanyak RM900 setahun.

Individu berpendapatan RM2,000 ke bawah pula menerima sebanyak RM450.

Image result for tun m BR1M

Secara keseluruhannya, sebanyak RM6.8 bilion diperuntukkan dalam bajet tahun ini kepada 7.2 juta penerima.


Pakatan Harapan sebelum ini mengumumkan akan menggantikan BR1M apabila berjaya mengambil alih kerajaan selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menurut Mahathir mekanisme untuk bantuan baru itu dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup Malaysia, namun setakat ini masih belum ada sebarang pengumuman berhubung perkara itu.

Peringkat ketiga bayaran Bantuan Sara Hidup 2018 dibuat sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha, termasuk peruntukan sebanyak RM1.6 bilion yang dibayar kepada 4.1 juta penerima.

Sumber: Malaysiakini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post