Pelakon Nurin Misha Meninggal Dunia

Pelakon Nurin Misha Meninggal Dunia

Hari ini satu lagi kehilangan besar buat industri seni negara apabila pelakon serba boleh Nurin Misha atau lebih mesra disapa Kak Nurin diberitakan telah meninggal dunia di kediamannya di Ipoh awal pagi tadi.

Pelakon Nurin Misha Meninggal Dunia
Pelakon Nurin Misha Meninggal Dunia

Berita itu disahkan oleh seorang pengarah terkenal Eoon Suhaini melalui akaun Instagram beliau. Kak Nurin banyak membintangi drama-drama sebagai pelakon pembantu dan mampu membawa watak sebagai emak dan pembantu rumah dengan berkesan.

ARTIKEL MENARIK: Cara Sajat Dan Aliff Syukri Berdoa Dapat Kecaman Dari Orang Ramai


Sudah pasti kehilangannya amat dirasai dan ketika artikel ini ditulis arwah baru sahaja muncul dikaca tv malam tadi dalam sebuah telemovie Arrafah yang ditayangkan melalui saluran TV3.



Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.


Screen-Shot-2018-08-12-at-13.09.16.png

Sumber: Siakapkeli

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post