PETALING JAYA: Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kembali menerajui negara sebagai Perdana Menteri pada usia 92 tahun menjelaskan, beliau kembali memimpin negara dalam keadaan rasuah yang teruk, termasuk pegawai yang tidak boleh dipercayai.
‘Saya Jadi PM Sehingga Saya Percaya Kemampuan Anwar Untuk Jadi PM’ |
Dalam temu bual bersama CNN, Dr Mahathir menjelaskan, sebahagian pemimpin atasan dalam kerajaan terdahulu juga terlibat dalam rasuah yang dinilai amat teruk.
“Daripada luar kita dapat melihat kerosakan tetapi kita tidak pernah menjangkakan bahawa kerosakan yang begitu luas.
ARTIKEL MENARIK: Kerajaan PH sebenarnya yang ‘rompak’ RM18 bilion duit GST! Najib dedahkan perkara sebenar
“Daripada luar kita dapat melihat kerosakan tetapi kita tidak pernah menjangkakan bahawa kerosakan yang begitu luas.
“Kebanyakan pemimpin atasan dalam kerajaan juga adalah rasuah,” katanya kepada CNN yang disiarkan semalam.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga merupakan anak didik Dr Mahathir, didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah keseluruhan RM42 juta ($14 juta).
“Saya terpaksa bekerja dengan sebahagian individu yang boleh dikatakan sebagai suspek.
“Saya terpaksa bekerja dengan sebahagian individu yang boleh dikatakan sebagai suspek.
“Ini adalah tugas yang begitu sukar. Jika kamu tidak bekerja dengan orang yang kamu tidak percaya, kamu tidak akan tahu sama ada kamu mahu mereka menyempurnakan tugas atau tidak,” katanya.
Mengulas mengenai tempoh masa dua tahun sebagai perdana menteri, Dr Mahathir berkata, beliau perlu mempercayai kemampuan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang jawatan tersebut selepas ini.
“Pendapat peribadi saya tentang Anwar tidak penting. Saya perlu percaya kepada dia sama ada suka atau tidak.
“Saya tidak boleh berada di sini sampai bila-bila walaupun ada yang mahu saya berkhidmat melangkaui tempoh yang telah dipersetujui rakan gabungan,” kata beliau.
Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, cadangan menjadi perdana menteri selama dua tahun adalah satu cadangan dan ada kemungkinan beliau akan meninggalkan jawatan itu lebih awal serta lebih lewat daripada tempoh tersebut.
Menyentuh soal ancaman keganasan, beliau menyatakan Malaysia, Filipina dan Indonesia telah meningkatkan kerjasama keselamatan, terutamanya di kawasan sempadan yang menjadi tempat perlindungan kumpulan militan.
“Ini adalah ancaman kepada negara. Kita cuba mengatasi keganasan dengan cara yang sangat canggih dan menggunakan teknologi baru untuk memerangi keganasan.
“Kita perlu tahu keganasan ini ada sebabnya dan kita perlu mengatasi penyebab keganasan. Jika kita boleh menangani sebab dan menghapuskannya, maka tidak akan ada keganasan,” katanya.
“Kita perlu tahu keganasan ini ada sebabnya dan kita perlu mengatasi penyebab keganasan. Jika kita boleh menangani sebab dan menghapuskannya, maka tidak akan ada keganasan,” katanya.
Kata Dr Mahathir, Islam berpandukan Al-Quran adalah agama yang sederhana dan menyeru umatnya untuk bersaudara dan melarang pembunuhan.
“Apa yang berlaku hari ini adalah mereka melakukan perkara yang dilarang Islam. Islam yang kamu lihat hari ini sebenarnya bukan Islam yang diajar oleh agama.
“Ini adalah Islam yang ditafsirkan oleh beberapa orang berkuasa, pemimpin dan sarjana,” ujar beliau.
Melalui laporan itu, CNN menilai Datuk Najib sebagai telah ‘menarik’ Kuala Lumpur dan membawanya dekat kepada Beijing, menandatangani perjanjian mengelirukan melibatkan projek jalan dan prasarana dengan Presiden China, Encik Xi Jinping, namun Dr Mahathir dilihat lebih berjaga-jaga.
Bulan ini, Malaysia membatalkan projek landasan kereta api bernilai puluhan bilion ringgit selepas kerajaan mendapati kos projek itu melebihi bajet sebenar dan jumlahnya mencecah RM20 bilion.
Bulan ini, Malaysia membatalkan projek landasan kereta api bernilai puluhan bilion ringgit selepas kerajaan mendapati kos projek itu melebihi bajet sebenar dan jumlahnya mencecah RM20 bilion.
“Kita sentiasa mesra dengan China. Ada pepatah mengatakan ‘yang berkuasa ambil apa yang mereka mahu, yang lemah hasilkan apa yang mereka perlukan’,” kata Dr Mahathir.
Tambah beliau, China semakin berleluasa di sekitar Laut China Selatan malah mendakwa pulau-pulau milik Malaysia juga adalah milik China.
“Kita tak boleh berperang dengan mereka. Mereka lebih berkuasa, kita tak boleh lawan mereka. Jadi, apa yang boleh kita manfaatkan daripada kuasa dan kekayaan mereka?
“Itu yang sedang kita fikirkan sekarang. Apa pun, kita perlu terima realiti dalam situasi tersebut,” ujarnya.
CNN juga melaporkan Dr Mahathir turut menuduh China memperluas pengaruhnya dengan menggunakan wang yang mereka ada dan meskipun projek mega dari negara berkenaan dialu-alukan di Malaysia, namun beliau enggan kerajaan bergantung kepada pinjaman wang dari China.
“Ada pakar memberi amaran projek jalan raya (dengan China) akan menambah hutang sesebuah negara terutamanya negara kecil, menjadikan China mempunyai kuasa untuk mempengaruhi keputusan kerajaan itu malah mengawal infrastrukturnya juga,” katanya.
Kebimbangan kedua Dr Mahathir melibatkan negara kuasa besar selain China adalah Amerika Syarikat.
Malah, beliau pernah mengkritik Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, dan menggelarnya sebagai pembuli yang mampu menjejas ekonomi serta keselamatan negara serantau.
Malah, beliau pernah mengkritik Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, dan menggelarnya sebagai pembuli yang mampu menjejas ekonomi serta keselamatan negara serantau.
“Perang dalam dunia perdagangan tidak memberi sebarang kebaikan kepada dunia. Dia (Trump) meminta perkara yang langsung tidak boleh diterima.
“Sebagai contoh, dia nak bina tembok untuk memisahkan Mexico dengan Amerika tapi dia nak rakyat Mexico bayar untuk projek itu. Itu projek dia, dialah yang bayar!
“Tapi disebabkan dia fikir dia berkuasa jadi dia boleh arahkan orang untuk buat apa dia nak? Jadi, bagaimana kita nak tangani mereka yang berfikiran sebegitu?,” soalnya.
Bagi Dr Mahathir, beliau menganggap perang perdagangan bakal ‘menyakiti’ semua negara.
“Amerika Syarikat akan kalah, China akan kalah, seluruh dunia akan kalah. Perang dan perang perdagangan tidak akan selesaikan apa-apa masalah pun,” katanya. – CNN, Sinar Harian.
Post a Comment