KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan bagaimana Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengambil masa sehingga 3 bulan untuk menyedari tunggakan tuntutan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM18 bilion.
Kerajaan PH sebenarnya yang ‘rompak’ RM18 bilion duit GST! Najib dedahkan perkara sebenar |
Dalam catatan terbarunya di Facebook, bekas perdana menteri itu mempersoalkan kenyataan Lim yang kerajaan tidak boleh membuat bayaran itu kerana sudah “dirompak” sedangkan RM18 bilion itu bukanlah angka kecil.
“Apa yang saya lihat, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebenarnya tidak menjangkakan peningkatan mendadak tuntutan GST sebaik sahaja ia disifarkan.
ARTIKEL MENARIK: Tuduh BN Merompak, Menteri Kewangan Tidak Profesional
“Pengecualian cukai GST selama 3 bulan, di mana kerajaan tidak lagi memperolehi pendapatan daripada (hasil) GST atau cukai jualan dan perkhidmatan (SST) turut bermakna wang di dalam Kumpulan Wang Amanah Disatukan yang sepatutnya disalurkan, mungkin sudah digunakan bagi menampung perbelanjaan bulanan kerajaan.”
Najib berkata, Jabatan Kastam juga mengesahkan kutipan GST tidak dicuri, dirompak atau disalurkan ke mana-mana akaun tidak sah, sebaliknya ia didepositkan ke akaun Kumpulan Wang Amanah Disatukan yang kemudiannya digunakan untuk membayar tuntutan GST secara berkala.
“Tempoh yang disebut adalah sehingga 31 Mei 2018. Barisan Nasional (BN) hilang kuasa pada 9 Mei 2018. Ini bermakna, permintaan untuk menyalurkan dana ke akaun amanah tuntutan GST bagi April dan Mei 2018 adalah di bawah pentadbiran PH.”
Jelas Najib, jumlah tuntutan berdasarkan borang GST-3, yang mana ia diisi pemilik perniagaan untuk membuat tuntutan yang kemudiannya bergantung kepada berapa jumlah sudah diaudit atau diluluskan kastam.
“Ia adalah jumlah kasar dan bukan jumlah yang sudah diluluskan. Berapa jumlah tertunggak yang sudah diaudit, ditolak atau diluluskan oleh pihak kastam sebelum membuat permohonan dana dipindahkan ke dalam akaun amanah tuntutan GST?” soalnya.
Beliau juga bertanya daripada jumlah RM19.4 bilion tersebut, berapa banyakkah tuntutan baru berikutan langkah pensifaran GST.
“Biarpun mengambil kira tuntutan GST bagi April dan Mei yang amat tinggi, di mana ia bukan lagi di bawah kerajaan BN, lebih 76% daripada tuntutan GST sudah dibuat kerajaan BN dan menunjukkan tidak berlaku langsung rompakan seperti dituduh.”
Najib berkata, kutipan SST yang lebih rendah berbanding GST akan memburukkan lagi keadaan, di mana kerajaan dijangka tidak memiliki dana untuk membayar tuntutan GST tertunggak itu.
“Ini akan memberi kesan kepada pelabur yang risau janji Lim bahawa kerajaan PH akan mencapai defisit bajet 2.8% tidak akan dapat ditunaikan.
“Tidak mencapai sasaran janji defisit bajet turut akan mengurangkan keyakinan pelabur dan menyebabkan penarafan kredit negara ini diturunkan.”
Beliau juga berharap siasatan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara akan mendedahkan perkara sebenar dalam isu terbabit.
VIDEO SEKADAR HIASAN ARTIKEL DIPETIK DARI FREEMALAYSIATODAY
Kredit : HelangMerah.
Post a Comment