Cara Sajat Dan Aliff Syukri Berdoa Dapat Kecaman Dari Orang Ramai

Cara Sajat Dan Aliff Syukri Berdoa Dapat Kecaman Dari Orang Ramai

Sajat dan Aliff Syukri lagi sekali mencuba nasib dalam bidang nyanyian pula tetapi kali ini mereka cuba menembusi pasaran Indonesia. Mereka bergading bahu dengan selebriti Lucinta Luna, salah seorang selebriti terkenal di Indonesia.

Cara Sajat Dan Aliff Syukri Berdoa Dapat Kecaman Dari Orang Ramai
Cara Sajat Dan Aliff Syukri Berdoa Dapat Kecaman Dari Orang Ramai

Seperti biasa hampir apa jua yang mereka lakukan pasti ada kritikan dan kecaman. Dengan bermacam macam hal dan kontroversi.

ARTIKEL MENARIK: Dulu Saya Nak Ada Rumah Cantik, Saya Selalu Merungut…” – Ucapan Nur Shahida Kepada Aliff Syukri Sempena Anniversary Buat Netizen Sebak


Sajat Dan Dato Aliff Syukri Bikin Kecoh Ketika Sesi Rakaman Lagu Terbaru Mereka

Sebelum ini pernah kecoh apabila pengasas D’Herbs, Dato’ Aliff Syukri memarahi Sajat dan menggelarnya lembab ketika menjalani penggambaran sebuah muzik video Abang Nak Tegur apabila Sajat dikatakan tidak pandai menari.

Namun kali ini, giliran Sajat pula yang memarahi jutawan kosmetik itu kerana sering merakamkan video sehingga mengakibatkan mereka perlu mengulangi nyanyian hampir 10 kali.

Menerusi video berdurasi 51 saat yang dimuat naik oleh Aliff Syukri itu, kelihatan mereka berdua sedang bergaduh mulut sehingga Sajat membaling kertas pada BFF-nya itu. Tindakan Sajat yang melenting sampai ke tahap menengking Aliff Syukri serta mengutuk suara rakannya itu tidak sedap telah mendapat perhatian pengikut mereka di Instagram.


Kejap baik, kejap gaduh.

Rata-rata netizen mengatakan posting tersebut hanyalah gimik semata-mata untuk mempromosikan lagu terbaru mereka. Malah ada juga mengatakan apa yang dikatakan Sajat ada betulnya kerana Aliff Syukri kelihatan tidak serius dalam pembikinan rakaman lagu baru mereka.



Walau bagaimanapun, ada sesetengah pengikutnya memerli emosi Sajat yang kononnya sedang mengalami tempoh datang bulan yang menyebabkan beliau melenting kerana hal yang kecil.

SAJAT DAN ALIFF SYUKRI BERDOA TETAPI .

1 rakaman video dimuatnaik oleh Sajat menunjukkan dia, Aliff Syukri, Lucinta Luna dan beberapa orang lagi (munkin kru produksi) duduk diatas lantai dan bunyi seperti berdoa. Sajat dikecam bukan kerana doa tetapi cara mereka tidak menepati cara Islam. Gaya mereka dikecam hebat di dalam instagram Sajat.

“@xmikeishax – Memang betul yang penting niat… Tapi tadah tangan itu cara islam.. dah besar kan … Besar saja tak menentukan sel-sel otak berhubung”

“@miraedie – Kenapa berdoa mcm ni…hakak nak tanya ni ko islam ke kristian,hakak tanya ko ni islam ke kristian,ko islam ke kristian jawab sekarang hakak tanya ko islam ke kristian?”
@saiful.merikan – woii kau doa gitu dh kenapa??Nabi MUHAMMAD dah ajar cara utk berdoa yang terbaik tapi kau pandai-pandai ubah.”

Petikan dari Instagram Sajat: “Doakan lagu kita trio ini terus sukses di MALAYSIA SINGAPORE DAN INDONESIA menjadi bualan setiap masyarakat…sukses selalu”
Video Player



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post