Bilal dipenjara 12 tahun tetak tangan bekas isteri sampai putus

Bilal dipenjara 12 tahun tetak tangan bekas isteri sampai putus

GEORGETOWN: Seorang bilal dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas bekas isterinya, dua minggu lalu.

Bilal dipenjara 12 tahun tetak tangan bekas isteri sampai putus
Bilal dipenjara 12 tahun tetak tangan bekas isteri sampai putus

Hukuman itu dijatuhkan terhadap Muhammad Ashraf Kames Abdullah, 39, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Norsalha dalam penghakimannya turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan, jika gagal membayar denda bernilai RM10,000 yang ditetapkan.

ARTIKEL MENARIK:  ‘Kaki Raba’ mengaku bersalah kerana menc9bul seorang remaja perempuan dipenjara 20 tahun


“Mahkamah mempertimbangkan rayuan tertuduh, bagaimanapun kes ini adalah kesalahan serius dan berharap tidak berulang. Mahkamah menetapkan tempoh penjara bermula dari tarikh tangkap pada 12 Ogos lalu,” katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan pisau sebagai senjata untuk menyerang Nur Syamira Muhammad Thandayu Thapani, 24.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di tingkat tiga, tempat meletak kenderaan di Flat Bayu Nyaman, Bayan Lepas dekat sini, kira-kira jam 12.55 tengah malam, pada 12 Ogos lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.




Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkiflee, manakala tertuduh diwakili peguam, M Puveneswaran.

Terdahulu, peguam tertuduh memohon mahkamah menetapkan hukuman ringan selepas anak guamnya membuat pengakuan salah yang sudah menjimatkan masa dan kos, selain menginsafi serta membuat akujanji tidak mengulangi kesalahannya itu.

“Tertuduh yang juga bekerja sebagai pembantu kedai di Pasar Batu Lanchang di sini, mempunyai tanggungan seramai empat orang dengan dua daripadanya adalah orang kelainan upaya (OKU).

Tertuduh juga sudah sah bercerai dengan bekas isterinya,” katanya.

Kredit : Wowberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post