‘Kaki Raba’ mengaku bersalah kerana menc9bul seorang remaja perempuan dipenjara 20 tahun

‘Kaki Raba’ mengaku bersalah kerana menc9bul seorang remaja perempuan dipenjara 20 tahun

Di Mahkamah Sesyen Ipoh, ‘kaki raba’ Ridzuan Mohamad, 33, seorang penganggur mengaku bersalah kerana mencabul seorang remaja perempuan bulan lalu.

‘Kaki Raba’ mengaku bersalah kerana menc9bul seorang remaja perempuan dipenjara 20 tahun
‘Kaki Raba’ mengaku bersalah kerana menc9bul seorang remaja perempuan dipenjara 20 tahun

Dia didakwa meraba punggung mangsa berusia 16 tahun di Jalan FELCRA Changkat Lada-Ulu Dedap, Seberang Perak, kira-kira jam 3 petang, 20 Julai lalu.

ARTIKEL MENARIK: Ingatkan tompok mani! Suami b*nuh isteri kerana syak berzina lelaki lain





video hiasan saja

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Sabit kesalahan dia boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan juga sebat dan hendaklah dikenakan perintah pengawasan polis minimum setahun dan maksimum tiga tahun sepertimana mengikut Seksyen 27 (1) akta sama.

Hakim kemudiannya menetapkan 28 Ogos ini untuk menjatuhi hukuman dan tertuduh tidak ditawarkan jaminan.

Tertuduh kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Parit untuk didakwa atas dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan namun peguam tertuduh memohon mahkamah untuk menangguh pendakwaan itu.

Permohonan penangguhan itu adalah bagi membolehkan suspek dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan terlebih dahulu dan Majistret membenarkan permohonan untuk melakukan ujian dan penilaian terhadap tertuduh selama sebulan.

Guru umur 53 tahun ditahan cabul murid


AMPANG: Seorang guru lelaki yang dipercayai mencabul murid perempuan sebuah sekolah rendah di daerah ini pada Mei lalu ditahan, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 53 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini kira-kira jam 2 petang tadi.

“Pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa pada 16 Jun lalu. Namun, difahamkan keluarga mangsa membuat laporan polis bertujuan sebagai rujukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk tindakan lanjut.

“Sebaik menerima laporan itu, kami membuka kertas siasatan bagi tindakan seterusnya. Namun, tiada perkembangan hasil perbincangan oleh pihak berkaitan.

“Pada awal Julai ini, kami mengambil keterangan suspek dan membuat siasatan mengenai latar belakangnya sebelum mengambil tindakan menahannya hari ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Fadzil berkata, sebelum ini pihaknya ada menerima satu laporan berhubung seorang murid perempuan yang dipercayai dicabul oleh suspek di Kajang beberapa tahun lalu.

“Difahamkan tiada tindakan lanjut berhubung laporan dibuat di Kajang sebelum guru berkenaan kemudian ditukarkan bertugas di sekolah rendah terbabit di Ampang.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (AKSKK) 2017,” katanya.

Dalam kejadian Mei lalu, mangsa berusia 10 tahun dikatakan diajak oleh guru berkenaan ke dalam sebuah bilik kokurikulum sekolah terbabit dengan alasan bagi membantu merekod markah.

Namun, ketika di dalam bilik itu, guru berkenaan menarik tangan mangsa dengan kasar dan memaksanya duduk di atas ribanya selain memegang paha, dada dan bahagian sulit murid perempuan terbabit.

Malah, tiga murid lain dikatakan berada di dalam bilik berkenaan ketika itu dan menyaksikan kejadian terbabit.

Ibu mangsa kemudian membuat laporan polis pada Jun lalu berhubung kejadian itu sebaik dimaklumkan anaknya.

Difahamkan beberapa murid lain turut tampil memaklumkan mereka juga menjadi mangsa cabul guru berkenaan.

Kredit : HelangMerah.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post