PETALING JAYA: Umat Islam yang sedang mengerjakan ibadat haji di Makkah berdepan ujian ribut pasir.
Ribut Pasir Di Mekah, Mohon Doakan Jemaah Haji Di Arafah! |
Perkara itu turut dikongsi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang berada di sana melalui laman Instagramnya, awal pagi Isnin.
ARTIKEL MENARIK: Mayat 3 Pelajar Hilang Ditemui Dalam Tong Asid
A post shared by Mujahid Yusof Rawa (@mujahidyusofrawa) on Aug 19, 2018 at 11:36am PDT
“Masih di Makkah menanti perjalanan ke Arafah. Ribut pasir sebentar tadi di Makkah dan gambar di Arafah. Kami terpaksa menangguhkan perjalanan…doakan kami..” tulisnya.
Sementara itu kejadian ribut pasir yang jarang berlaku ketika musim panas di Makkah turut membadai penempatan jemaah haji yang bersiap sedia untuk berwukuf di Padang Arafah lewat petang semalam, lapor BH Online.
Angin kencang itu merosakkan khemah jemaah hingga menyebabkan bekalan elektrik terganggu di seluruh kawasan perkhemahan jemaah di Arafah.
Ia bermula ketika matahari mulai terbenam kira-kira jam 6.30 petang dalam keadaan jemaah haji tiada persediaan serta tidak menyangka kawasan itu akan dibadai ribut.
Bagaimanapun ribut yang melanda tidak menggugat semangat jemaah haji untuk melakukan wukuf apabila menganggap hujan yang dialami sebagai satu rahmat dan ujian dalam menunaikan ibadat haji.
Ketua rombongan jemaah Tabung Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata semua jemaah Malaysia berada dalam keadaan selamat.
Beliau berkata, pihak berkuasa Arab Saudi terpaksa memotong sementara bekalan elektrik ke kawasan perkhemahan ketika ribut melanda di antara jam 6.30 petang hingga 8.30 malam demi memastikan keselamatan jemaah haji.
“Sebahagian khemah yang rosak akibat bencana itu sedang dibaiki oleh pihak berkuasa.
“Bekalan elektrik ke kawasan perkhemahan dipulihkan secara berperingkat mulai jam 10.45 malam,” katanya.
Seramai 30,200 jemaah haji Malaysia mula tiba secara berperingkat untuk berwukuf di Arafah mulai pagi semalam, bagi menyertai kira-kira tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia berhimpun di sini yang menjadi rukun dalam ibadat haji.
SUMBER : Mstar
Post a Comment