Kuala Lumpur - Pelakon dan pengarah Ellie Suriati dilihat semakin lantang menyuarakan bantahan serta kritikan terhadap kerajaan baru malah yang terbaru ini adalah isu berkaitan Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Kenapa Saya Dikecam Kerana Pertahankan Bangsa Melayu Dan Agama Islam?? |
Ellie mendakwa bahawa dia mengesyaki Khairy ingin meninggalkan Umno apabila tindakan Khairy yang enggan menyertai anggota Parlimen Pembangkang BN lain keluar dari Dewan Rakyat minggu lalu.
Ellie meluahkan pendapatnya yang mengesyaki bahawa Khairy ingin meninggalkan parti pembakang tersebut selepas Umno telah pun hilang kuasa pada pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei yang lalu.
Menurut Ellie, Khairy serta seorang lagi anggota Parlimen Kimanis iaitu Datuk Seri Anifah Aman sepatutnya membuat bantahan dengan cara meninggalkan dewan selepas perlantikan speaker Dewan Rakyat telah tercalar.
ARTIKEL MENARIK: Perkara Kecil Saja, Tak Perlu Digembar-gemburkan. Dia Peluk Sebab Nak Pujuk - Ifa Raziah
Ellie menganggap tindakan Khairy tersebut adalah tidak wajar dipanggil mempertahankan integriti tetapi dia dilihat seakan ingin melompat parti dan Khairy juga pernah berkata jika terdapat sejuta orang pengikut yang tinggal maka dia akan berada di depan sekali.
Jika tinggal 100 orang dia akan jadi ketuanya, jika tinggal seorang maka dialah orangnya (dalam Umno) tetapi jika tiada sesiapa itu bermakna dia dah mati tetapi bila dah jadi macam ini kenapa dia masih hidup lagi, begitu kenyataan Ellie terhadap Khairy.
Ellie juga dilihat menyalahkan Khairy di atas kehilangan banyak undi anak muda dan memberitahu itu adalah tanggung jawab Khairy untuk meraih undi dan bukannya mengkritik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagi Ellie terdapat ramai orang melayu yang masih tidak mengetahui proses perlantikan speaker Dewan Rakyat tetapi sibuk nak mengutuk dan seharusnya mereka ambil tahu kenapa anggota parlimen keluar dari dewan.
Ellie telah menerima kecaman selepas dia dilihat menonjol bersama penyokong Umno terutama sekali semasa hari Najib didakwa di Mahkamah, Ellie bersama Ketua Wanita Umno Datuk Noraini Ahmad dilihat bersorak mengecam Peguam Negara Tommy Thomas.
Apabila ditanya perasaan dia apabila dikecam, Ellie hanya mengatakan bahawa dia dikecam dengan teruk tetapi dia sebagai pemain dalam industri bebas untuk bercakap apa sahaja jadi kenapa saya dikecam sedangkan saya hanya mempertahankan bangsa Melayu dan Agama Islam.
Ellie mmeberitahu bahawa dia didorong untuk bersuara apabila selepas dua bulan kerajaan baru memmerintah dia lihat bangsa Melayu serta Agama Islam seakan telah ditindas serta diperlekehkan menyebabkan dia lantang bersuara.
Ellie memberitahu bahawa dia risaukan nasib orang Melaytu dan berharap Melayu akan bersatu supaya Malaysia tidak jadi sebuah negara republik malah dia juga menyuarakan kebimbangan akan karier seninya.
Tetapi mungkin penonton pun dah tak suka tengok saya berlakon tetapi kerjaya sebagai penulis dan pengarah filem akan tetap saya teruskan walaupun ada yang membenci saya disebabkan kelantangan saya bersuara.
Sumber: http://www.onlinenews.today/
Post a Comment