JOHOR : Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan bahawa isu agama, tanah dan air di negeri Johor tertakluk dibawah kuasa kerajaan negeri dan urusan pentadbiran negeri perlu bebas daripada campurtangan kerajaan pusat.
Kerajaan Pusat Tak Perlu Campur, Biar Johor Runding Isu Air Dengan Singapura – TMJ |
Bercakap dalam temubual Channel News Asia, Tunku Mahkota Johor (TMJ) menjelasan bahawa beliau lebih gemar kerajaan Johor yang berunding dengan Singapura dalam urusan harga air kepada negara jiran itu dalam memastikan kedua-dua pihak mendapat keputusan ‘menang-menang’.
“Di penghujung harinya, air di Johor milik Johor. Air dibawah bidang kuasa negeri. Mengenai agama, tanah dan air, ianya milik negeri. Maka, saya fikir adalah lebih baik kerajaan Johor buat keputusan.
“(Saya lebih gemar) tiada campurtangan (kerajaan) persekutuan berkenaan isu air antara Johor dan Singapura,” kata TMJ.
ARTIKEL MENARIK: 6 Kanak-Kanak Yang Paling Kejam Dalam Sejarah Manusia
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada penghujung bulan lalu menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mengkaji semula harga penjualan air mentah dari Johor ke Singapura yang kini dijual pada harga RM0.03 bagi 1,000 gelen (3785.41 liter).
Perjanjian tersebut dimeterai pada tahun 1972 dan diperbaharui sebanyak dua kali iaitu pada 1961 dan 1962.
Dengan nilai tersebut, Singapura kemudiannya menjual semula air terawat kepada Johor pada harga RM0.50 bagi 1,000 gelen dan ianya dianggap Dr Mahathir sebagai “tidak masuk akal”.
Mengulas mengenai harga jualan air mentah Johor kepada Singapura, Tunku Ismail berkata beliau akan meminta kerajaan negeri “melihat perkara tersebut”.
“Walau apa juga keputusan yang dibuat, ianya akan menjadi situasi menang-menang antara Johor dan Singapura,” tegasnya.
“Pada akhirnya nanti, kami (Johor dan Singapura) adalah jiran. Kami ingin membuat keputusan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Kami tidak mahu mempunyai hubungan yang terjalin yang hanya kekal selama 10 tahun akan datang, kami mahu ianya kekal selama 50 tahun lagi, 100 tahun lagi.”
BACA: Netizen Singapura Dengan Bongkak ‘Carut’ PM Selepas Malaysia Mahu Kaji Semula Perjanjian Air
TMJ dalam pada itu turut mengulas mengenai pentadbiran kerajaan pusat baru dibawah PH, dan harapan beliau adalah kerajaan memberi banyak tumpuan kepada isu besar dan bukannya perkara remeh.
Tambahnya, kerajaan tidak perlu mencipta isu dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya dan mencetuskan ketegangan antara Singapura dan Johor.
“Rakyat Johor memahami sentimen hubungan antara Johor dan Singapura lebih baik daripada rakyat Malaysia yang lain kerana kami adalah jiran dan kami sudah mempunyai hubungan yang hebat selama 200 tahun,” katanya lagi. - MalaysiaDigest
Post a Comment