Perkara Kecil Saja, Tak Perlu Digembar-gemburkan. Dia Peluk Sebab Nak Pujuk - Ifa Raziah

Perkara Kecil Saja, Tak Perlu Digembar-gemburkan. Dia Peluk Sebab Nak Pujuk - Ifa Raziah

KUALA LUMPUR: Artis serba boleh, Ifa Raziah menyifatkan, isu foto Datuk Boy Iman memeluknya yang dimuat naik di laman sosial, Instagram pelakon itu hanya perkara kecil dan tidak perlu digembar-gemburkan.

Perkara Kecil Saja, Tak Perlu Digembar-gemburkan. Dia Peluk Sebab Nak Pujuk - Ifa Raziah
Perkara Kecil Saja, Tak Perlu Digembar-gemburkan. Dia Peluk Sebab Nak Pujuk - Ifa Raziah

Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha berkata, dia dan pelakon itu sudah lama mengenali antara satu sama lain, malah hubungan mereka memang rapat. Dia juga sudah menganggap Boy Iman seperti adik sendiri.

"Saya dan suami memang rapat dengan Boy Iman, malah dia sudah kami anggap seperti adik sendiri. Disebabkan terlalu rapat, jika ada benda yang tidak kena, kami akan saling menegur.

ARTIKEL MENARIK: "Saya Didera Sepanjang 20 Tahun Perkahwinan, Rumahku Nerakaku"- Ziana Zain


"Foto itu diambil ketika saya dan Boy Iman bertemu pada satu majlis, baru-baru ini. Dia memeluk kerana mahu memujuk saya yang marahkan dia kerana lupa diri. Hanya itu dan rasanya, tidak perlulah perkara ini dihebohkan.

"Suami saya faham dan tahu perkara sebenar yang berlaku, kenapa orang lain pula yang susah hati?" katanya ketika dihubungi BH Online.

Foto yang dimuat naik Boy Iman atau nama sebenarnya, Norul Iman Abd Rahman di Instagram itu mencetuskan perdebatan ramai yang kurang senang dengan aksi mesra mereka.


Meskipun Boy Iman menerangkan, dia berbuat demikian sebagai tanda sayang terhadap wanita yang sudah dianggapnya seperti kakak sendiri, ramai menganggap perbuatan itu kurang manis memandangkan antara mereka tiada ikatan persaudaraan.

"Peluk itu bukan apa, satu kerana dia sudah kurus, selain pakaiannya sangat cantik. Ia juga sebagai tanda sayang kerana saya sudah menganggap Ifa seperti kakak sendiri," tulisnya.

Kredit : Saje Share

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post