Safiey Illias Mohon Netizen Bertimbang Rasa Dalam Kes Instafamous,Faiz Roslan.Jangan Buat Insan Seperti Kami Makin ‘Jauh’….

Safiey Illias Mohon Netizen Bertimbang Rasa Dalam Kes Instafamous,Faiz Roslan.Jangan Buat Insan Seperti Kami Makin ‘Jauh’….

BERIKUTAN kontroversi yang berlaku ke atas instafamous, Faiz Roslan yang mendapat perhatian ramai termasuk golongan selebriti dan ahli agama baru-baru ini, usahawan kosmetik, Safiey Illias tampil bersuara.

Safiey Illias Mohon Netizen Bertimbang Rasa Dalam Kes Instafamous,Faiz Roslan.Jangan Buat Insan Seperti Kami Makin ‘Jauh’….
Safiey Illias Mohon Netizen Bertimbang Rasa Dalam Kes Instafamous,Faiz Roslan.Jangan Buat Insan Seperti Kami Makin ‘Jauh’….
Menerusi status yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya beberapa hari lalu, Safiey memohon orang ramai agar menggunakan pendekatan yang lebih berhemah dalam membuat teguran terhadap seseorang.

“Bercakap dari dasar hati yang paling dalam dan ikhlas. Nanti saya tegur @thefaizroslan jika dia melampau.Bagi saya jangan nak bash-bash dia sangat atau sesiapun sebab akan buat kami lagi jauh dan jauh.

“Kami tak baik. Cuma jangan pulaukan kami. Saya sokong perbuatan mana-mana artis nak tegur tapi janganlah melampau sangat. Setiap orang ada buku lama. Dulu pun seksi-seksi jugak, tergedik-gedik juga, menyanyi melalak sakan juga.

ARTIKEL MENARIK: 'Boikot perniagaan Rosyam Nor kerana dia penyokong UMNO bukan satu tindakan yang baik' - Sulaiman


“Tapi pernah tak artis-artis hijrah ni fikir, masa dulu mereka hijrah, siapa yang tolong mereka? Siapa yang jabat tangan tarik mereka? Siapa yang ikram (raikan) walaupun masa tu masih jahil dan tunjuk akhlak yg baik sampai menitis air mata nk berhijrah?,” tulisnya pada kapsyen.

Tambah Safiey lagi, golongan seperti mereka sebenarnya hanya inginkan kasih sayang, ikram dan cara yang baik daripada mereka yang menegur.

“Kalau guna kekerasan, kata-kata kesat cuma buat orang akan makin jauh dan putus rahmat Allah. Kalau kita tak boleh tegur cara berakhlak dan berhikmah, boleh tak cuma diam. Doakan dalam hati (selemah-lemah iman) dan bangun tahajud menangis tiap-tiap malam doa untuk orang-orang jahil mcm kami?


“Apa-apa pun maafkan saya dan kawan-kawan saya. Saya tegur nanti mereka. Ini semua proses. Saya tergelincir sekarang dan tak patut saya cakap bab-bab ni. Tapi sedarlah saya nakkan kasih sayang dan ikram dengan akhlak yang buat saya boleh menangis tersentuh.

“Saya ingat kesemua perjalanan hijrah saya dulu bagaimana geng tabligh sambut saya dengan manis dan baik sekali walupun masa tu berambut panjang seperti sekarang. Teguran kita yang buat orang rasa putus rahmat Allah pun akan disoal kelak.

“Yang salah tetap salah tak pernah sesekali saya cakap betul. Muhasabahlah diri masing-masing. Saya cakap untuk diri sendiri juga. Wasalam,” akhiri Safiey.

Kredit - sayaphitam

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post