Pakar bedah mengambil masa kira-kira 10 jam untuk membuang ketumbuhan (tumor) seberat 14.9 kilogram dari belakang leher seorang pesakit yang telah dibiar dan tidak dirawat hampir 50 tahun, lapor Daily Mail.
Pakar bedah ambil masa 10 jam untuk buang tumor seberat 14.9kg dari belakang leher pesakit selepas dibiarkan hampir 50 tahun |
Pada umur 17 tahun, Xingfu yang berasal dari Bandar Panzhou, China, pada masa itu hanya membiarkan ketumbuhan itu kerana ia tidak begitu menyakitkan dan tambahan dia tidak berkemampuan untuk membayar kos rawatan yang dikenakan.
ARTIKEL MENARIK: Safiey Illias Mohon Netizen Bertimbang Rasa Dalam Kes Instafamous,Faiz Roslan.Jangan Buat Insan Seperti Kami Makin ‘Jauh’….
Selepas sekian lama menanggung ketumbuhan itu menyebabkan Xingfu sukar untuk berjalan, anaknya, Zhao Jianjiang meminta bantuan dari Doktor Dong Shixiang, dari Hospital Tumor Guizhou.
Seminggu selepas pembedahan itu, Xingfu dijangka akan kembali pulih seperti biasa dan dibenarkan untuk pulang ke rumah untuk berehat.
Meskipun perasaannya lega pembedahan itu berjaya dilakukan, Xingfu berkata, "Saya belum dapat membiasakan diri, belum lagi," selorohnya.
Menurut Doktor Dong, ini adalah pertama kali buat dirinya melihat ketumbuhan tumor sebesar itu dalam sepanjang kariernya sebagai doktor.
The Reporter
Post a Comment