Jangan Lupa Kemas Kini Akaun Tabung Haji Anda, Tarikh Akhir Dah Dekat Kalau Tak Akaun Anda Mungkin Dianggap Tidak Aktif..

Jangan Lupa Kemas Kini Akaun Tabung Haji Anda, Tarikh Akhir Dah Dekat Kalau Tak Akaun Anda Mungkin Dianggap Tidak Aktif..

Lembaga Tabung Haji (TH) pada 30 Mei yang lalu telah mengeluarkan satu siaran akhbar untuk mengingatkan pendeposit TH mengenai keaktifan akaun yang dimiliki mereka.

Jangan Lupa Kemas Kini Akaun Tabung Haji Anda, Tarikh Akhir Dah Dekat Kalau Tak Akaun Anda Mungkin Dianggap Tidak Aktif..
Jangan Lupa Kemas Kini Akaun Tabung Haji Anda, Tarikh Akhir Dah Dekat Kalau Tak Akaun Anda Mungkin Dianggap Tidak Aktif..

Melalui kenyataan yang sama, TH menegaskan bermula 9 Jun ini, akaun pendeposit TH yang tidak aktif dalam tempoh 7 tahun akan dipindahkan ke kumpulan 'Akaun Tidak Aktif'. Selain itu, bagi pendeposit TH yang akaunnya dipindahkan ke Akaun Tidak Aktif, mereka TIDAK akan menerima agihan Hibah tahunan ataupun Hibah Haji mulai tahun 2018.

ARTIKEL MENARIK: “Kerosakan BN sukarkan janji 100 hari HARAPAN” – Perdana Menteri


''Inisiatif pengelasan ‘Akaun Tidak Aktif’ ini sebagai langkah keselamatan serta melindungi akaun pelanggan daripada sebarang transaksi yang mencurigakan,'' kata kenyataan itu.

Pihak TH dalam pada itu memberitahu bahawa mereka hingga kini mereka telah mengenal pasti hampir 500 ribu akaun pendopesit TH yang tidak aktif, membabitkan simpanan sebanyak RM 62.8 juta.


33939228_1858856800842176_78055182920927

33943512_1858856870842169_21665708563255
''Para pendeposit boleh mengaktifkan akaun masing-masing dengan melakukan sekurang-kurangnya satu (1) aktiviti transaksi simpanan atau pengeluaran wang di mana-mana cawangan TH, kaunter atau transaksi atas talian rakan strategik TH - Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank; dan membuat urusan simpanan di pelbagai saluran Ejen Kutipan TH sebelum 8 Jun 2018 di seluruh negara,'' berdasarkan petikan kenyataan media itu lagi.


TH pada masa yang sama turut meminta pendeposit TH untuk mengemas kini maklumat peribadi mereka bagi memudahkan urusan TH untuk menghubungi pendeposit dalam hal-hal melibatkan tawaran menunaikan haji dan pengurusan harta oleh waris.

Related image

Sekiranya pihak TH gagal menghubungi pendeposit TH akibat maklumat peribadi yang tidak dikemaskini, mereka berkemungkinan boleh terlepas giliran haji dan perlu menunggu tawaran seterusnya.


Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) TH di 03-6207 1919.

Sumber : Lembaga Tabung Haji

Sumber : PenmerahPress

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post