'Boikot perniagaan Rosyam Nor kerana dia penyokong UMNO bukan satu tindakan yang baik' - Sulaiman

'Boikot perniagaan Rosyam Nor kerana dia penyokong UMNO bukan satu tindakan yang baik' - Sulaiman

Apabila berbicara mengenai dunia politik, pelbagai persepsi diutarakan. Ada yang menyokong kepimpinan kerajaan dan tak kurang juga masih berpegang kepada kepimpinan lama. Walau apa jua parti yang dipilih, kita seharusnya perlu menghormati pilihan masing-masing dan bukan menghukum mereka.

'Boikot perniagaan Rosyam Nor kerana dia penyokong UMNO bukan satu tindakan yang baik' - Sulaiman
'Boikot perniagaan Rosyam Nor kerana dia penyokong UMNO bukan satu tindakan yang baik' - Sulaiman
Kata orang, kerana politik bukan sahaja menyebabkan rakan menjadi musuh, malahan ikatan persaudaraan juga boleh terputus.

Terbaru, viral di media sosial ada sesetengah individu yang menggesa orang ramai memboikot perniagaan pasar raya 24 jam milik aktor terkenal, Dato Rosyam Nor. Perbezaan fahaman politik antara punca mereka ingin memboikot ST Rosyam Mart. Perbuatan ini bukan sahaja melibatkan rezeki individu terbabit, malahan menunjukkan mentaliti masyarakat kita masih lagi lemah.

ARTIKEL MENARIK: Betul Ke Anita Sarawak Sakit Kanser?


Isu ini juga telah mendapat perhatian Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Sik, Sulaiman Ibrahim /LRL. Beliau mengingatkan kepada penyokong Pakatan Harapan (PH) agar membuang sifat dendam kepada golongan artis yang tidak menyokong PH. Beliau juga tidak bersetuju jika politik dendam terbawa-bawa dalam saluran media sosial sehingga melibatkan rezeki individu tersebut.


2.jpg

1.jpg


PENYOKONG Pakatan Harapan diingatkan supaya membuang sifat dendam kepada golongan artis yang tidak menyokong PH dan masih menyokong UMNO. Kita harus menghormati pendirian dan hak orang lain dalam apa jua pilihan.

"Saya tidak bersetuju jika politik dendam terbawa-bawa dalam saluran media sosial sehinga melibatkan rezeki individu tersebut."

Sebagai seorang artis, mereka juga berhak memilih seperti apa jua parti yang mereka rasa terbaik untuk mereka. Hormati orang lain dan orang lain akan menghormati kita walaupun berbeza politik.

Politik hanyalah bersifat sementara dan  ianya penuh dengan pancaroba keduniaan semata-mata. Kita membawa Islam rahmatan lilalamin dimana ianya meliputi keseluruhan aspek. Saranan daripada kerajaan Pakatan Harapan oleh Perdana Menteri dan semua pimpinan PH bahawa kita perlu reform keseluruhan pentadbiran tidak bermakna kita memulaukan golongan artis yang menyokong UMNO.

Biarkan mereka dengan sokongan mereka dan kita harus menberi galakan dan dorongan dalam apa jua bentuk kebajikan yang ada bagi membantu golongan golongan artis lebih maju ke depan.

Terbaru, Dato Rosyam Noor diviralkan dalam media sosial supaya jangan menyokong pasar raya yang baru dibukanya oleh kerana beliau adalah penyokong tegar UMNO, ini satu sifat dan akhlak yang tidak baik ditonjolkan.

1.jpeg

2.jpeg

3.jpeg

Kembali kepada perjuangan sebenar dengan membawa islam yang ramah dan membuat pendekatan islam yang menyeluruh. 

Saya faham ramai penyokong masih berfanatik dalam sesuatu isu terbawa-bawa sifat amarah, tetapi janganlah sampai menghukum dan menyekat pintu rezeki orang lain oleh kerana perbezaan ideologi. Rezeki itu datangnya dari Allah, Allah juga menguji kemenangan kita .

Membawa akhlak dan tunjukkan tauladan yang baik kemungkinan Allah menambahkan lagi kemenangan kita dari Pakatan Harapan hingga ke PRU15, 16 dan seterusnya.

SULAIMAN IBRAHIM/LRL
Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Sik


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post