Keputusan SPM adik Wafiq hanya menjadi kenangan dalam hidupnya

Keputusan SPM adik Wafiq hanya menjadi kenangan dalam hidupnya

Keputusan SPM adik Wafiq hanya menjadi kenangan dalam hidupnya

Keputusan SPM adik Wafiq hanya menjadi kenangan dalam hidupnya
Keputusan SPM adik Wafiq hanya menjadi kenangan dalam hidupnya
#ALFATIHAH 3/3/2016⇨Keputusan SPM adik Wafiq yang telah meninggal dunia kerana lemas diTerengganu bersama dua rakannya semasa keluar Jemaah Tabligh sesusai tamat peperiksaan SPM 2015.. Semoga Allah merahmati adik wafiq dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman.. Aamiin...



Penghujung tahun lalu, heboh di media dua orang remaja yang mengikuti rombongan jemaah tabligh(sebuah program kegamaan) iaitu Muhammad Wafiq Mohd Noor, 17, dan rakannya Mohd Naim Adnan, 17, lemas semasa mandi di Pantai Rhu Sepuluh, Setiu, Terengganu.

Mayat wafiq ditemui 80 kilometer daripada lokasi kejadian iaitu di Pantai Pantai Rhu Muda, Marang.

Jenazah Muhammad Wafiqtelah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Bengkal, Parit Yaani, Batu Pahat, Johor.

Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar yang mengambil Sijil pelajaran Malaysia (SPM) di mana Wafiq turut merupakan calon SPM 2015.

Memetik tulisan di Facebook pelakon Mustapha Kamal, apa yang dibanggakan, Allahyarham Wafiq memperoleh 9A dalam semua mata pelajaran yang diambilnya dalam bidang sains tulen.

Apapun, tahniah kepada arwah Wafiq yang telah membuktikan kejayaannya kepada ibu bapa, damailah engkau di sana Wafiq, semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Alfatihah.

Daripada Warga ARiF Malaysia kepada keluarga Allahyarham Mohamad Wafiy Mohd Noor.

“Saya berasa sebak apabila ada dua cita-cita arwah yang sering disebut-sebutnya tidak kesampaian, dia menyimpan hasratnya untuk berdakwah di benua eropah,” kata Muhammad Wafiy Mohd Noor, 17.

Menurut Muhammad Wafiy, dalam masa yang sama kembarnya itu, Allahyarham Muhammad Wafiq turut menyimpan hasrat untuk menyambung pengajiannya dalam bidang kedoktoran di Ireland, setelah mendapat keputusan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.

Katanya, dia sering menyatakan hasratnya itu, dan kini kata-kata Allahyarham Muhammad Wafiq hanya menjadi kenangan dalam hidupnya serta berharap dia sendiri akan dapat menyambung impian kembarnya.

“Saya tidak menyangka yang kembar saya pergi dulu...di mana dialah rakan seperjuangan saya, rakan suka duka saya selama ini, di mana dari kecil kami akan sentiasa bersama,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, pagi tadi.

Dia ditemui di perkarangan Masjid Jamik Kampung Sri Bengkal, setelah selesai proses pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Bengkal pada jam 3.10 pagi, semalam.

Terdahulu, jenazah Muhammad Wafiq yang tiba pada jam 2.25 pagi dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu disambut dan diberi perghormatan terakhir oleh kira-kira 200 kenalan sebelum solat jenazah dilakukan.

Allahyarham Muhammad Wafiq merupakan salah seorang daripada dua mangsa yang lemas di Pantai Rhu Sepuluh, Kuala Terengganu, Isnin lalu dan dia disemadikan berhampiran kubur seorang lagi mangsa yang juga rakannya, Muhamad Naim Adnan, 17.

Mayat mayat Muhammad Wafiq ditemui terdampar di pesisir pantai itu, kira-kira 75 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang pada pukul 12.05 tengah hari oleh orang awam, semalam.

Dalam kejadian yang sama seorang lagi rakan mangsa Ahmad Izad Shahruddin, 17, berjaya diselamatkan.

Manakala abang sulung Muhammad Wafiq, Mohd Nasiruddin, 31, berkata, arwah adiknya tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik namun lebih menunjukkan sikap prihatin kepada keluarga.

"Namun ketika berada di sana, adik selalu menelefon emak, Zabedah Kamdan, 55 memberitahu keadaannya di sana, semasa dia mengikuti program keagamaan di Masjid Kampung Bonggol, Setiu, serta bertanya khabar ayah, Mohd Nor Ismail, 58,” katanya

FB_IMG_1456994510598.jpg



FB_IMG_1456994508230.jpg



FB_IMG_1456995099655.jpg




FB_IMG_1456995067876.jpg




FB_IMG_1456995065394.jpg




FB_IMG_1456995062388.jpg




FB_IMG_1456995060184.jpg




FB_IMG_1456995040330.jpg




FB_IMG_1456994982904.jpg




FB_IMG_1456994976903.jpg




FB_IMG_1456994971501.jpg




FB_IMG_1456994891296.jpg




FB_IMG_1456994971501.jpg




FB_IMG_1456994888365.jpg




FB_IMG_1456994913903.jpg

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post