Kota Tinggi: Penyanyi, Ina Naim atau nama sebenarnya, Nordiana Mohd Naim, 40, kembali bergelar isteri selepas sah diijabkabulkan dengan seorang jurutera, hari ini.
Ina sah bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal Shukor, 41, hanya dengan sekali lafaz, tepat jam 9.50 pagi di kampung halamannya di Felcra Sungai Ara di sini.
ARTIKEL MENARIK:“Bini Meninggal Pun Dia Tunggang, Apatah Lagi Bekas Banduan” – Shuib Berang Wanita Tuduh ‘Tunggang’ Kisah Arwah Isteri
Pasangan itu dinikahkan Naib Kadi Daerah Kota Tinggi, Mohamad Ramadhan Mahroji yang mewakil wali bapa Ina, Mohd Naim Samijan.
Ina yang anggun dengan persalinan tona nude itu menerima mas kahwin RM100, kelengkapan solat, seutas gelang tangan dan sebentuk cincin, selain wang hantaran sebanyak RM7,000.
Sebanyak lima dulang hantaran diberikan pihak pengantin lelaki dan dibalas tujuh dulang dari pihak Ina.
Majlis pernikahan yang diadakan sederhana itu dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga, saudara-mara, kenalan dan orang kampung.
Ina bergelar ibu tunggal selepas suaminya, bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, Allahyarham Suhaimi Saad, 43, meninggal dunia pada 15 November 2023.
Hasil perkahwinn dengan Suhaimi, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Kredit -hmetro
Post a Comment