8 Bahan Semulajadi Tingkatkan Selera Anak. Tak Perlu Ubat!
8 Bahan Semulajadi Tingkatkan Selera Anak. Tak Perlu Ubat! |
Ibu-ibu mesti risau kalau anak kurang makan.
Dah macam-macam resipi dicuba. Malah, pelbagai hiasan pun dah dihias pada makanan tersebut. Yalah, ingatkan dah buat cantik-cantik macam dalam TV tu mereka akan tertarik nak cuba makan. Tapi……Langsung tak jalan!
Dah macam-macam resipi dicuba. Malah, pelbagai hiasan pun dah dihias pada makanan tersebut. Yalah, ingatkan dah buat cantik-cantik macam dalam TV tu mereka akan tertarik nak cuba makan. Tapi……Langsung tak jalan!
Kenapa Anak Kurang Makan?
Tahukah anda, salah satu penyebab anak kurang makan adalah sistem penghadaman yang kurang efektif. Sebab itulah, biasanya seorang yang kurang atau tidak makan sayur-sayuran dan sering sembelit sering dikaitkan dengan kurang selera makan. Anak-anak biasanya begitu, bukan?
Menurut sebuah akhbar tempatan, perubatan Tradisional Cina pula mempercayai gangguan fungsi hati boleh menyebabkan gangguan selera dan pencernaan. Mereka yang kerap mengalami sembelit sebenarnya dipercayai mengalami gangguan fungsi hati, iaitu organ utama yang membantu tubuh mendetoksifikasi.
Foto Kredit: thestar.com
8 Bahan Semulajadi Menambah Selera
Berikut adalah beberapa bahan semulajadi yang boleh diambil oleh mereka yang kurang selera makan.
1. Anggur
Anggur adalah antara buah-buahan yang anda dapat berikan kepada anak dengan kerap. Buah ini memiliki zat asidik yang membantu tubuh badan mencernakan makanan dengan baik.
Oleh itu, ia dikatakan dapat meningkatkan rasa lapar dan sekaligus menaikkan selera makan.
Dapatkan anggur daripada pelbagai warna dan saiz supaya mereka lebih berminat untuk mencubanya.
2. Epal
Seperti anggur, epal juga mempunyai kandungan zat yang hampir sama dalam membantu fungsi penghadaman agar lebih efektif.
Kisarkan epal dan jadikannya sebagai jus atau ‘smoothie‘ jika anak anda lebih suka memakan makanan jenis pencuci mulut. Kadang-kadang anak yang tak suka makan ni boleh dipujuk dengan minuman, betul tak?
3. Tomato
Sesetengah sayuran seperti tomato juga mempunyai kuasa untuk mengembalikan selera makan.
Tambahkan tomato segar dalam makanan yang mungkin diminati oleh anak-anak seperti pizza, spageti, atau apa-apa kuah yang boleh dinikmati bersama nasi.
Kalau anak-anak suka memakannya begitu saja, tentulah lebih baik!
4. ‘Banana Milkshake’
Foto Kredit: cdkitchen.com
Gabungan pisang dan susu ini amat berkesan untuk memacu selera makan. Ia mengandungi enzim-enzim perncernaan yang menjadikan tubuh lebih efektif untuk memproses makanan. Jadi, badan akan bersedia untuk menerima lebih lagi makanan selepas mengambilnya.
Untuk hasil yang lebih berkesan, gunakan susu badam dan tambahkan sedikit halia, madu, dan jus lemon ke dalam susu kocak ini.
Wah, gabungan semua bahan-bahan ‘super food’ dalam satu gelas!
5. Snek Makanan Kering
Seelok-eloknya, perkenalkan snek berkhasiat yang boleh diambil di antara waktu makan.
Buah-buahan kering tanpa gula atau garam berlebihan seperti kismis, kurma, buah tin, kacang badam, walnut dan kacang cerdik ‘pistachio’, adalah antara snek yang sangat bermanfaat untuk tubuh badan. Selain itu, pengambilannya secara kerap turut mampu menambah selera anak kurang makan.
6. Halia
Halia mengandungi sejenis cecair yang mampu mempertingkatkan fungsi penghadaman. Ia juga membantu membuang gas dalam badan yang dihasilkan semasa proses penghadaman.
Oleh kerana rasanya yang agak pahit dan pedas, cara paling mudah untuk diberikan kepada anak ialah dengan memasukkan hirisan kecil dalam masakan anda. Dalam kuantiti yang sedikit, ia mampu menaikkan rasa dan menjadikan makanan seperti sup dan bubur ayam lebih beraroma.
Jika anda terfikir untuk membelikan vitamin untuk anak anda, sebenarnya anda boleh membuat pes semulajadi dengan gabungan halia, lada hitam, dan jus lemon. Pes ini diadun dan diambil semasa perut kosong setiap hari. Insya Allah, anda akan dapat melihat kesannya dalam masa 15 hari.
7. Lada Hitam
Lada hitam boleh ditaburkan sedikit dalam pelbagai makanan, contohnya ‘garlic bread’. / Foto Kredit: browneyedbaker.com
Beberapa jenis herba lain turut memiliki manfaat yang setara dengan halia dalam membantu proses pencernaan.
Lada hitam adalah salah satu daripadanya. Ia membantu usus untuk membuang ‘angin’ yang menjadi penyebab anak kurang makan.
Sesuai juga dimasukkan dalam sup selain boleh digunakan sebagai perasa untuk memanggang atau menggoreng. Tambahkan dalam ‘garlic bread‘ pun sedap!
8. Kayu Manis
Herba kayu manis bukan saja boleh ditambah pada makanan berlauk, ia turut memberi kesedapan dalam kuih, roti, kek, minuman, serta banyak lagi pencuci mulut.
Selain kayu manis, kebanyakan herba dan sayuran lain yang berasa pahit seperti halba, peria, buah tunjuk langit membantu hempedu penghasilan jus pencernaan dalam badan.
Cuba Konsisten, Jangan Mengalah!
Anak kurang makan tidak bermaksud dia tidak normal. Mungkin tubuh badannya sudah memenuhi keperluannya. Atau, mungkin juga anak anda baru ber’cerai susu’ dan dalam proses mengenali makanan tersebut. Jadi, layankan dahulu karenah mereka sementara mereka belajar menyukai makanan.
Di samping itu, perlulah sentiasa konsisten dan jangan berputus asa, memang sukar berhadapan dengan anak sebegini – dapatkan sokongan daripada pasangan anda. Kalau tak larat masak, gilirkan dengan makanan yang dibeli.
Namun, perhatikan tanda-tanda yang membimbangkan seperti sembelit, sakit perut, mudah terkena demam, batuk, atau selsema. Selain itu, ada juga pakar perubatan yang menghubungkan kencing malam dengan sembelit atau masalah dalam pencernaan -Siraplimau
Post a Comment