BAGAI tiada tanda-tanda bakal berakhir, krisis yang tercetus antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan Tunku Mahkota Johor terus mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila masing-masing lantang bersuara.
TMJ Memang Salah Kerana Menghukum Najib – Nazri |
Baca - Kalau Nak Hentam Hentam Saya Depan Depan Nazri Aziz
Bercakap kepada MalaysiaKini, Nazri berkata kesalahan Tunku Ismail adalah kerana menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai sesuatu yang disembunyikan apabila tidak hadir ke majlis #Nothing2Hide baru-baru ini.
“Saya boleh faham jika putera itu kata ‘saya sedih kerana dia (Najib) tidak hadir’. Saya boleh terima. Itu tidak campur hal politik.
“Tetapi dia kata, ‘sudah tentu dia (Najib) tidak hadir dalam (dialog) Nothing to Hide kerana ada sesuatu hendak disembunyikan.
“Itu bersifat menghukum. Ia bermakna Tunku Ismail Sultan Ibrahim daripada Johor sudah menghukum PM salah. Itu apa yang tidak kena,” katanya.
Dalam pada itu, Nazri mendakwa kenyataan Tunku Ismail berbeza dengan sokongan Sultan Pahang kepada Najib kerana menjadi kebiasaan istana menyokong pemimpin dipilih rakyat dalam sebuah sistem Raja Berperlembagaan.
BACA: Padah Nazri Aziz Disiasat Di Bawah Akta
Sebelum ini, Nazri menyatakan kesediaan untuk disiasat berhubung kenyataannya terhadap Tunku Ismail dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.
– MYNEWSHUB.CC
Post a Comment