KUALA LUMPUR - Padah mengeluarkan kenyataan bangang, Datuk Seri Nazri Aziz akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 ekoran kenyataan mahu membelasah Tengku Mahkota Johor (TMJ) dua hari yang lalu.
Nazri Aziz Disiasat Di Bawah Akta Hasutan Ekoran Mahu Membelasah TMJ |
Difahamkan, sebanyak 46 NGO kaum India di Johor telah membuat laporan polis terhadap Nazri kerana kenyataan biadabnya terhadap TMJ dan mendesak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu menarik balik kenyataan itu selain dari memohon maaf kepada TMJ.
Ahli Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan juga menegur Nazri agar tidak bersikap 'kurang ajar' terhadap TMJ melalui satu kenyataan semalam.
"Saya menyarankan agar menteri ini lebih muhasabah diri dan cermin diri kerana jawatan menteri tidak boleh digunakan sebagai alat untuk bersikap kurang ajar.
"Rakyat Johor tidak pernah sesekali menderhaka dan kita akan menentang setiap anasir yang boleh merosakkan perpaduan antara rakyat johor," katanya.
Sementara itu di media sosial, netizen mengucapkan tahniah dan 'padan muka' kepada Nazri. - THEHYPEMEDIA.COM
Post a Comment