RATA-RATA rakyat jelata tahu, anakanda kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar iaitu Tunku Abdul Jalil mengalami masalah kesihatan.
Jangkitan Berulang, Tunku Jalil Jalani Rawatan Kanser Hati? |
Beberapa laman sosial rasmi Johor berkongsi sekeping gambar terbaru Tunku Jalil bersama baginda Sultan yang diambil daripada akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim.
Menurut pengendali, Tunku Jalil yang juga bergelar Tengku Laksamana Johor sedang menjalani rawatan di sebuah hospital setelah mengalami jangkitan berulang.
Dalam pada itu, menerusi Facebook Sultan Johor, baginda mengucapkan penghargaan kepada rakyat yang terus-terusan mendoakan kesihatan anakanda baginda.
“YAM Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor sedang melalui rawatan setelah didapati jangkitan berulang, terima kasih atas doa dan ucapan-ucapan anda semua yang sentiasa menaikkan semangatnya.”
Menerusi portal hiburan Murai pula, Tunku Jalil dilaporkan menghidap kanser hati dan sedang menjalani rawatan susulan.
Pastinya, seluruh masyarakat Malaysia mendoakan agar kesihatan Tunku Jalil kembali sihat dan pulih sepenuhnya, Insya-Allah…
– MYNEWSHUB.CC
Post a Comment