Susulan kritikan masyarakat tentang kenyataannya terhadap Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam, Datuk Seri Nazri Aziz mencabar individu-individu tersebut untuk bersemuka dengannya dan tidak berselindung di sebalik media sosial.
'Kalau Nak Hentam, Hentam Saya Depan-Depan' – Nazri Aziz |
BACA - Nazri Warning TMJ Jangan Campuri Politik
“Saya tidak percaya dengan Facebook, saya lebih percaya dengan bersemuka.
“Sekiranya anda mahu menghentam secara lisan, hentam saya depan-depan. Saya boleh jawab dengan cara mudah.”
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas tentang reaksi orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya terhadap TMJ.
Ujarnya lanjut, dia tidak mengendahkan pendapat negatif awam tentang kenyatannya selepas itu.
“Saya tidak mengecam baginda. Saya berkomunikasi dengannya. Tengku Mahkota harus tahu pihak mana yang perlu dikecam dan pihak yang beliau akan bergantung untuk melindungi keluarganya.
“Tetapi untuk mengatakan saya tidak mengenang budi, tahap intelektual golongan ini rendah. Jika tahap intelektual mereka rendah, saya tidak boleh membantu.”
Semalam, tindakan Nazri mengkritik Tunku Ismail supaya tidak mencampuri urusan politik negara dibalas TMJ dengan satu video ngauman harimau di laman Facebook Johor Southern Tigers tak lama selepas itu.
Ia mendapat perhatian ramai terutamanya warga Johor yang tidak berpuas hati dengan pandangan yang dilontarkan Nazri.
– MYNEWSHUB.CC
Post a Comment