'Rumah digoncang dengan kuat sehingga bergegar!' - Rumah dijaga 'benda' ghaib

'Rumah digoncang dengan kuat sehingga bergegar!' - Rumah dijaga 'benda' ghaib

Nenek moyang kita dahulu kala terkenal dengan amalan-amalan tertentu seperti berdamping dengan jin bertujuan untuk meminta pertolongan.

'Rumah digoncang dengan kuat sehingga bergegar!' - Rumah dijaga 'benda' ghaib
'Rumah digoncang dengan kuat sehingga bergegar!' - Rumah dijaga 'benda' ghaib
Perbuatan ini ternyata memesongkan akidah, bahkan amalan ini akan memberikan kesan kepada anak, cucu cicit akan datang.  

Kisah seram kali ini berkongsikan melalui status Twitter @humanxsick yang menceritakan mengenai sebuah rumah yang didiami Atuknya diserang dengan benda ghaib. Menurutnya, rumah tersebut  telah ‘dijaga’. Mereka akan 'diserang’oleh benda tersebut jika keadaan yang riuh rendah dan bising. Jika dulu, tiang seri merupakan tempat utama yang diserang, tetapi sekarang tertumpu di pintu rumah dan bumbung rumah.

ARTIKEL MENARIK: 'Ikmal, binatang apa tu yang duduk atas bahu Azwan?'

loading...

SETIAP rumah tradisional Melayu lama pasti akan mempunyai sebatang tiang yang diberi nama tiang seri. Namun, ada juga kisah-kisah seram yang dikaitkan dengan “Tiang Seri” ini. 

Kisah ini sering terjadi, dari aku kecil sampai aku besar. Sehingga aku dah kahwin pun, rumah Atuk aku yang buat batu nisan ni memang ada orang yang jaga. Itu perkara biasa bagi atuk dan moyang dahulu. Aku tak pasti dia menanam semangat jin tanah atau hantu tanah tapi bukan datangnya dari Atuk aku yang buat batu nisan ni. Mengikut penceritaan, asalnya dari moyang terdahulu.

Jadi untuk keluarkan benda ni, perlu dikeluarkan oleh orang yang menanam benda ni. Tetapi, orang yang menanam benda ni dah meninggal dunia, jadi tak boleh buat apa-apa. Cuma yang menjadi misteri dari dulu sehingga sekarang, bila anak dan cucu-cucu balik  ke sini bermain dan buat bising, akan ada satu goncangan  yang kuat dekat pintu rumah.



Selain pintu rumah, tiang seri pula bergegar. Selain daripada dua tempat ini, bumbung rumah pun selalu diserangnya. Macam mana benda tu menyerang? Okay, benda itu menyerang bila satu masa rumah tu terlalu riuh sama ada suara budak bermain, bergurau, menangis. Sekali di dalam rumah buat bising, tidak semena-mena ada satu goncangan dan ketukan yang terlalu kuat sehingga bergegar pintu rumah seperti skru pintu akan tercabut. 


Tidak ada sesiapa pun yang berani ketika itu. Bila dah reda selama dua hingga tiga mint, baru ada yang berani untuk membuka pintu. Tetapi, bila pintu dibuka, tidak ada sesiapa di luar melainkan angin yang kuat. 

Di depan rumah Atuk aku ada hutan kebun dan ada pokok-pokok besar-besar dan tinggi. Jadi, bila angin kuat, boleh nampak dengan jelas pokok-pokok bergoyang macam mana.Emak aku kata benda ini sudah ada dari dia kecil lagi. Dulu benda itu tak menyerang pintu tapi menyerang tiang seri. 

Baru-baru ni terjadi juga waktu aku tidak ada. Masa tu ada kenduri rumah Atuk aku, jadi riuhlah seperti biasa. Waktu tu jam dua petang. Secara tiba-tiba, seperti ada batu besar yang dibaling dari tempat yang tinggi seakan bumbung akan bocor. Sangat kuat! Serentak dengan itu, ada angin seperti puting beliung di luar rumah. 

Emak aku cerita lagi, pokok-pokok di luar bergoyang sangat kuat dan pasir di laman rumah boleh nampak berpusing-pusing. Tetapi, dalam lima hingga sepuluh minit, benda tu berhenti.  Keadaan jadi seperti sedia kala. Waktu petang tu Pakcik dan Abang Ipar aku naik ke bumbung untuk melihat keadaan bumbung rumah, namun tidak ada apa yang terjejas termasuklah di kawasan yang dibaling batu tadi.

Kesimpulannya, aku tak tahu motif apa yang membuatkan benda itu mengamuk tidak tentu hala dan aku tidak pasti gerangan siapakah yang membuat angkara. Tetapi yang pasti benda ini akan bertindak kalau kita tengah leka, bergurau, berborak dan ketawa. 

Aku rasa dia ingin mengingatkan kami bahawa jangan terlalu seronok dan begembira dengan sesuatu perkara dan beringat-ingat dalam setiap perbuatan. Tapi benda ini tak dipedulikan pun oleh saudara mara aku, bila berjumpa, bising seperti biasa.

Sumber: @humanxsick

via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post