[Video] 10 nama tempat yang paling p3lik dan unik di Malaysia. No 9 paling tak sangka

[Video] 10 nama tempat yang paling p3lik dan unik di Malaysia. No 9 paling tak sangka

loading...

Terdapat nama-nama tempat yang agak sensitif, tapi harap tak ambil hati atas perkongsian info kali ini. Percaya atau tidak , di Malaysia ini kita mempunyai banyak nama tempat dan jalan yang sedikit pelik dan unik, jadi apa kata dalam video kali ini kita rehatkan minda.

[Video] 10 nama tempat yang paling p3lik dan unik di Malaysia. No 9 paling tak sangka



Video berada dibawah artikel

ARTIKEL MENARIK:53 Tahun Syiling Tersimpan Dalam Hidungnya, Lelaki Ini Baru Teringat Waktu Kecil Takut Bagitahu Ibu
loading...


** Menggatal

Menggatal merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di daerah Kota Kinabalu Sabah. Nama pekan ini dikatakan diambil dari sejenis pokok mangga.

Buah pokok mangga ini boleh menyebabkan kegatalan apabila korang makan. Pada asalnya, tempat ini dipanggil Manga Gatal tapi lama kelamaannya ia bertukar menjadi Mengatal.

** Batang Berjuntai

Batang berjuntai merupakan pekan yang terletak di Selangor. Oleh kerana namanya boleh disalah anggap dan tidak sesuai digunakan pada masa kini, nama Batang berjuntai terkini telah ditukar kepada Bestari Jaya oleh kerajaan.

Namun mengikut penduduk setempat, nama tempat itu berasal daripada sebatang pokok Merbau yang memiliki batang yang terjuntai.

** Kampung Dada Kering

Kampung dada kering merupakan lokasi bekas tanah lombong yang terletak di Pahang. Namun setelah beberapa tahun beroperasi.

Lombong itu kemudian ditutup kerana sudah kehabisan sumber galiannya iaitu emas. Setelah ditinggalkan, tapak perlombongan itu kini telah dipenuhi air.

** Mambang Di Awan

Terdapat banyak versi mengapa tempat ini mendapat nama. Tapi versi yang paling banyak Faktaw jumpa ialah, Mambang Di Awan yang terletak di Kampar Perak ini, mendapat nama dari sekumpulan pelombong biji timah yang ternampak sekumpulan bidadari di awan.

Mengikut Wikipedia, Mambang merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat di sesuatu tempat tertentu.

Mambang dikatakan sama seperti bunian, atau pari-pari kerana mempunyai sistem masyarakat yang lengkap, atau juga dikenali sebagai orang halus.

** Kampung Penajis

Agak pelik nama kampung ini, namun Kampung ini mempunyai sejarahnya yang unik. Kampung yang terletak di Negeri Sembilan ini dikatakan mendapat nama berdasarkan nama peneroka kampung ini iaitu Datuk Najuh.

Kampung ini turut dikenali sebagai Kampung Penajeh. Didalam bahasa sanskrit lama, Tajeh membawa maksud mahkota.

Penajeh pula dikatakan membawa maksud orang yang dimahkotakan atau orang yang memakai mahkota.

** Felda New Zealand

Kalau ada sesiapa yang teringin bercuti ke negara New Zealand, boleh la datang ke Kampung yang terletak di Maran, Pahang ini.

Mengikut cerita lisan orang-orang Maran dan peneroka kampung New Zealand sendiri, kampung ini mendapat nama kerana kerajaan negara New Zealand telah memberikan sumbangan untuk pembukaan tanah ini dan juruukur terawal bagi pelan pembukaan tanah Felda juga berasal dari New Zealand. Atas sebab itu Kampung ini kemudiannya dinamakan sempena negara mereka.

Agak-agak2 kampung ni ada salji tak?



Loading...
loading...


** Kampung Baru Jumpa

Kampung Baru Jumpa di Tenom ini adalah antara nama kampung yang agak pelik di Sabah. Namun dikatakan bahawa kampung ini sudah wujud lebih 50 tahun. Pada awalnya nama kampung ini ialah Kampung Pa’Meluyan yang diambil sempena nama sungai di situ.

Namun ia akhirnya di tukar ke Kampung Baru Jumpa atas alasan perkampungan itu baru ditemui untuk dijadikan penempatan oleh kaum Lundayeh.

Kampung itu kini merupakan sebuah kampung yang maju serta terkenal dengan hasil pertanian seperti padi, koko dan getah.

** Jalan Microwave Station

Jalan Microwave yang terletak di Lebuh raya Kota Kinabalu – Sandakan ni sebenarnya adalah laluan jalan untuk ke stesen telekomunikasi milik Telekom Malaysia.

Jalan Microwave Station dikatakan dinamakan sebegitu kerana ia menghala ke menara komunikasi yang terletak di sebuah bukit berhampiran. Stesen Telekomunikasi itu digunakan untuk menghantar dan menerima isyarat gelombang mikro radio.

Kenapa dia tak jarakkan perkataan Microwave tu ya? Nanti ramai yang salah anggap

** Desa Temu Jodoh

Haaaa!! Sesiapa yang ‘single’ atau nak ‘tambah’ lain boleh ke sini

Tempat ini dikatakan dinamakan bersempena majlis perkahwinan yang diadakan secara serentak pada tahun 1978. Ia melibatkan 24 pasangan suami isteri, dimana majoriti daripada mereka merupakan peserta Rancangan Tanah Muda anjuran kerajaan negeri Johor.

Perkampungan ini dibuka sekitar lebih 40 tahun lepas dan pada mulanya dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek.

** Kampung Imam Lapar

Sama seperti nama kampung Mambang di Awan, asal usul nama kampung ini juga terdapat dalam pelbagai versi. Namun ini yang paling logik.

Mengikut kaji selidik, nama kampung yang terletak di Kuala Terengganu ini di ambil sempena dari kisah mengenai dua pedagang yang kelaparan dan singgah di Pengkalan Rengas Negeri Sembilan untuk mencari makanan.

Mereka kemudian menjumpai imam yang khusyuk menghafaz Al – Quran dan menyatakan mereka lapar tetapi Imam tersebut tidak mendengarnya sebaliknya terus ‘laper’ (menghafaz) bacaan Al-Qurannya.

Antara nama tempat yang unik di Malaysia

  • Permatang Tiga Ringgit – Pulau Pinang
  • Kampung Buntut Pulau – Pahang
  • Kampung Cinta Manis – Pahang
  • Kampung Atas Tol – Terengganu
  • Kampung Seronok – Pulau Pinang
  • Kampung Mambang Berulang – Pahang
  • Kampung Seri Bunian – Johor
  • Kota Sarang Semut – Kedah
  • Pekan Batak Rabit – Perak

VIDEO

Pada para pembaca budiman mohon subcribe dah tekan butang loceng youtube Faktaw Channel.

 

Sumber: Faktaw Channel via Trending Kini




-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post