[VIDEO] Hadiah hari jadi, dapat tahu rahsia BASS – Nancy Shukri

[VIDEO] Hadiah hari jadi, dapat tahu rahsia BASS – Nancy Shukri

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Santubong gembira apabila ‘hadiah’ hari jadinya kali ini adalah dapat mengetahui rahsia ‘BASS’ semasa menyambut ulang tahunnya di sebuah pejabat dalam bangunan Parlimen semalam.

[VIDEO] Hadiah hari jadi, dapat tahu rahsia BASS – Nancy Shukri



Datuk Seri Nancy Shukri menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, majlis tersebut turut dihadiri beberapa Ahli Parlimen lain yang rapat dengannya antaranya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

ARTIKEL MENARIK:Dalang geng samun, edar dadah maut ditembak polis


“Alhamdulillah, istimewa betul kali ini sambut dengan mereka yang menjadi teman dalam setiap langkah ini,” katanya.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah kapsyen di hujung video tersebut yang menyebut tentang ‘hadiah hari jadi’ paling istimewa buat dirinya.

“Hadiah hari jadi hari ini, dapat tahu rahsia BASS,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut memuat naik satu hantaran di Instagram sebagai tanda penghargaan kepada Nancy yang pernah menjadi mentornya suatu ketika dahulu.

“Ianya satu penghormatan untuk berkhidmat dengan anda. Saya masih berada di universiti dan kamu beri saya peluang.



Loading...


“Sesetengah kenangan memang tak dapat dilupakan dan bekerja dengan anda adalah salah satunya,” ujarnya.

Mencuri tumpuan dalam video itu adalah apabila Syed Saddiq membisikkan sesuatu di telinga Nancy diiringi gelak ketawa tetamu yang lain. – KOSMO! ONLINE



Kredit - Kosmo Digital



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post