Mungkin Satu Dalam Sejuta, Tular Foto Buah Kelapa ‘Kembar’ 3 Yang Ramai Tak Pernah Lihat Sebelum Ini

Mungkin Satu Dalam Sejuta, Tular Foto Buah Kelapa ‘Kembar’ 3 Yang Ramai Tak Pernah Lihat Sebelum Ini

Kalau disebut buah kelapa, orang Malaysia tiada masalah untuk mengenalinya. Pokok kelapa antara pokok yang banyak kegunaan kepada orang ramai.

Mungkin Satu Dalam Sejuta, Tular Foto Buah Kelapa ‘Kembar’ 3 Yang Ramai Tak Pernah Lihat Sebelum Ini



Batangnya boleh diguna untuk dibuat titi melintas parit, daun boleh dibuat ketupat, lidinya boleh dibuat penyapu. Kalau buah pulak, yang muda popular dengan air kelapa muda, yang tua boleh diambil santan dan digunakan untuk memasak.

ARTIKEL MENARIK:Bertekak sambil hayun sabit, wanita warga emas berstatus OKU ditahan


Walaupun terdapat banyak jenis kelapa di atas muka bumi ini, biasanya kita hanya mengenali kelapa muda dan kelapa tua sahaja. Jenis-jenisnya mungkin terasa asing sedikit.

Bertambah asing apabila disebut buah kelapa kembar, bukan dua, tapi kembar tiga. Memang sangat-sangat jarang terjadi, mungkin satu dalam sejuta.

Tapi itulah yang terjadi di media sosial baru-baru ini apabila seorang pengguna facebook, Tuan M E-One memuat naik sekeping gambar buah kelapa kembar 3 ke Grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ini.

Baru 2 jam dimuat naik, perkongsian itu pantas mendapat 28k tanda suka dan sudah dikongsi lebih 900 kali. Ia sudah cukup untuk menggambarkan bahawa fenomena berkenaan adalah sesuatu yang janggal untuk kita semua.

Tidak dapat dipastikan bila dan dimana gambar berkenaan diambil, tetapi yang pastinya netizen tidak berhenti-henti bercakap mengenai buah kelapa kembar 3 tersebut.



Loading...


Rata-rata, menyatakan kekaguman dan memuji kebesaran Yang Maha Mencipta diatas keunikkan buah kelapa kembar 3 disaksikan mereka.


Sumber: Tuan M E-One via Siakap Keli




-----------------------------------------------------------------



Post a Comment

Previous Post Next Post