TRAGIS! [VIDEO & GAMBAR] Pelajar UiTM Parah Rempuh Tembok Plaza Tol

TRAGIS! [VIDEO & GAMBAR] Pelajar UiTM Parah Rempuh Tembok Plaza Tol

Seorang wanita parah selepas kereta dipandunya merempuh tembok simen di lorong paling kanan Plaza Tol Kundang Barat, Lebuh Raya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR) arah ke Kuala Selangor, tengah hari Isnin.

TRAGIS! [VIDEO & GAMBAR] Pelajar UiTM Parah Rempuh Tembok Plaza Tol
TRAGIS! [VIDEO & GAMBAR] Pelajar UiTM Parah Rempuh Tembok Plaza Tol

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, Nurul Atikah Jafri, 21, dari Batu 8 1/4 Gombak, yang memandu PERODUA Viva dilaporkan cedera parah akibat rempuhan kuat dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan.


ARTIKEL MENARIK:
1. Maafkan ayah dan ibu..3 beradik maut LEMAS ketika memancing .. HIDUP susah terpaksa memancing ikan ? (6 Gambar)

2. (Gambar) Cerita Sebenar Pelajar Tingkatan 1 Patah Tulang Rusuk Dibelasah 11 Pelajar Senior

3. Ya Allah saya tak kuat saya KEHILANGAN mereka serentak..Isteri sarat mengadung dan anak 4 tahun maut NAHAS (8 Gambar)

4. Luahan Kecewa Ibu, Polis Belasah anaknya Yang Tidak Bersalah Hingga Mengalami Kecederaan Serius

5. Ustaz PAS Dituduh Mesej Tak Senonoh Janda Anak Satu , Ini Respon Empunya Badan Tentang Gambar-Gambar Viral Tersebut

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Dr Abdul Aziz Awang Darus, berkata kenderaan mangsa dari arah Selayang ke Puncak Alam dipercayai dipandu laju dan tidak sempat membrek ketika menghampiri plaza tol.






“Akibat rempuhan itu, kereta mangsa remuk pada bahagian hadapan dan sisi kiri manakala pemandunya cedera pada muka dan tangan.

“Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan untuk memastikan punca kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan, tadi.

Katanya, mangsa yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Susulan kejadian itu, satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di plaza tol berkenaan menunjukkan detik kereta mangsa merempuh tembok plaza tol itu menjadi viral di laman media sosial.




Menerusi video lapan saat itu, dapat dilihat kenderaan mangsa meluncur laju dan terus merempuh tembok tiang plaza tol menyebabkan bahagian kiri hadapan kereta terbabit remuk.

Sementara itu, abang mangsa, Zakwan Jafri melalui status di laman Facebook memberitahu, adiknya kini dirawat di ICU untuk pemerhatian dan akan dipindahkan ke wad biasa dalam tempoh terdekat.

Kredit - BBOnline

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post