BATU PAHAT : Empat gadis digelar ‘Pencuri Bercoli’ setelah kegiatan mereka mencuri dan menyembunyikan produk kecantikan dalam pakaian dalam terbongkar.
Licik 4 Bersaudara .. lepas " PROJEK " di pusat kecantikan sempat lagi BERSELFIE (4 Gambar) |
Kejadian curi yang berlaku di sebuah kedai kecantikan di Parit Raja, kelmarin dapat dikesan apabila pemilik butik memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di kedainya.
ARTIKEL MENARIK:
1. VIDEO: Tumbuk Mak Cik Tua Ketika Azan Berkumandang. Akhirnya Anak Muda ini Terima Balasan yang MENGERIKAN !
2. Akhirnya Terbongkar ! Polis Dedahkan Identiti Sebenar Datuk M , Rupa-rupanya Dia Ketua...
3. Sayu : Mama cepatlah SEMBUH rayu anak .. Saksi cerita DETIK cemas dalam KESAKITAN mangsa tembak Puan Nurul Huda (5 Gambar)
4. Mayat lelaki dalam keadaan bogel yang hampir reput dan berulat dipercayai dibunuh
5. Peragut Cedera Ditembak Pengawal Peribadi Datuk Selepas Ragut Rantai Emas Seorang Wanita
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Parit Raja dan tindakan susulan segera diambil dan kini giat memburu suspek.
Menurutnya, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti kesemua suspek dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan.
Pengurus Butik Blackcube Rich, Jalina Othman, 50, berkata, empat gadis berkenaan datang ke kedainya untuk membeli barangan kosmetik.
“Mereka berempat datang ke butik pada waktu lewat petang. Ketika itu staf bertugas berseorangan dan tak sedar tindak-tanduk tiga yang lain setelah melayan seorang daripadanya.
“Namun waktu itu kami masih tak sedar perlakuan mereka sehinggalah sehari selepas itu pekerja mendapati stok barangan ada berkurang dan tak selari dengan pendapatan kami,” katanya.
Menurutnya, selepas memeriksa rekod rakaman CCTV mendapati keempat-empat gadis terbabit adalah individu yang mencuri barangan berkenaan.
“Namun, apa yang lebih memeranjatkan kami adalah barangan curi itu kemudiannya disorok dalam coli mereka dan pekerja saya hampir menangis kerana tak percaya apa yang dilihat mereka.
“Perkara ini bukan pertama kali berlaku, malah sudah beberapa kali kedai saya menjadi mangsa kecurian dan jumlah kerugian melebihi RM500. Kebanyakan barangan adalah milik pembekal,” katanya.
Sementara itu, seorang rakan suspek turut menerima tempias daripada tindakan gadis terbabit apabila dicemuh pengguna laman media sosial.
Nurhazlinda Suhaymi, 28, berkata, dia dituduh bersubahat dalam kejadian itu berikutan terdapat beberapa gambar yang dimuat naik dalam akaun suspek.
“Malah saya dan beberapa lagi rakan dituduh pencuri bercoli dan kami sudah buat laporan polis berhubung perkara berkenaan. Tak sangka yang kawan kami ni pencuri,” katanya.
Post a Comment