Tanah runtuh di Jalan Besar Brinchang, Cameron Highlands

Tanah runtuh di Jalan Besar Brinchang, Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS – Kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Besar Brinchang berhampiran Agro Market Cameron Highlands di sini hari ini.

 
Tanah runtuh di Jalan Besar Brinchang, Cameron Highlands


Kejadian berkenaan menyebabkan laluan berkenaan tidak boleh dilalui semua kenderaan kira-kira dua jam sebelum satu laluan dibuka kira-kira pukul 1 tengah hari ini.

ARTIKEL MENARIK:Jumpa kereta rentung, kehilangan Sabari Baharom semakin misteri


Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli berkata, bagaimanapun kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan pengguna jalan raya.

“Kejadian tanah runtuh tersebut telah menyebabkan laluan Jalan Besar Brinchang berhampiran Agro Market telah terhalang oleh tanah runtuh, pokok-pokok dan tiang elektrik yang tumbang.

“Dalam kejadian yang berlaku turut menyebabkan sebuah kenderaan yang diletakkan berhampiran telah dihempap tiang elektrik yang tumbang,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azri kerja pembersihan dilakukan segera dan sebelah jalan telah dibuka untuk semua kenderaan pada pukul 1 tengah hari.



Loading...


Tambahnya, kerja-kerja pembersihan masih giat dilakukan bagi membuka kedua-dua laluan jalan berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan di talian 05-4915999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post