Jumpa kereta rentung, kehilangan Sabari Baharom semakin misteri

Jumpa kereta rentung, kehilangan Sabari Baharom semakin misteri

BALING – Kehilangan seorang warga emas yang juga pesara Felcra menjadi semakin misteri apabila kereta Proton Waja yang digunakan lelaki itu ditemui rentung di tapak pembuangan sampah di Hutan Gubir, di sini semalam.

Jumpa kereta rentung, kehilangan Sabari Baharom semakin misteri



Walau bagaimanapun, lelaki terbabit, Sabari Baharom, 62, yang hilang sejak 4 September masih gagal dikesan.

ARTIKEL MENARIK:Buku ajaran GISBH ditanam, dibakar sekitar rumah keluarga CEO


Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Charan Ai Wan berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan kereta Proton Waja warna emas dalam keadaan rentung oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sik pada pukul 9 pagi.

Katanya, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik dengan bantuan Bomba dan Penyelamat Sik turun ke kawasan gaung itu untuk membuat pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut.



Loading...


“Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut terbakar keseluruhan dan hanya nombor casis kenderaan yang masih jelas kelihatan. Pemeriksaan nombor casis itu mendapati Proton Waja itu bersangkut dengan kes orang hilang yang dilaporkan baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mengambil dua sampel sisa kebakaran.

“Bantuan daripada Unit Anjing Pengesan (K9) IPD Kuala Muda telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan hasil pemeriksaan tidak menjumpai sebarang petunjuk,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post