SEOUL – Dua buah lori tenggelam di dalam sebuah lubang benam gergasi yang terbentuk selepas hujan lebat di bandar raya Busan, Korea Selatan, lapor portal berita The Korea Times semalam.
Lubang benam itu berukuran 10 meter X 5 meter dengan kedalaman 8 meter.
ARTIKEL MENARIK:Pengguna Google diberi masa 72 jam kemas kini Chrome
Menurut pihak berkuasa tempatan, kedua-dua trak itu ‘ditelan’ lubang itu sekitar pukul 8.45 pagi (waktu tempatan) awal semalam.
Namun, tiada laporan tentang kecederaan dalam kejadian itu.
Bandar Busan itu dilanda hujan lebat sejak kelmarin.
Loading...
Tidak sampai sebulan yang lepas, penduduk Korea Selatan dikejutkan dengan pembentukan sebuah lubang benam gergasi di Seoul.
Sepasang suami isteri warga emas yang menaiki sebuah kenderaan cedera akibat kejadian itu. – AGENSI
Kredit -Kosmo Digital.
Post a Comment