Op Global: Anak bekas pemimpin Al-Arqam, CEO GISBH ditahan

Op Global: Anak bekas pemimpin Al-Arqam, CEO GISBH ditahan

Kuala Lumpur: Beberapa pemimpin kanan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) dan isterinya antara ditahan polis dalam Op Global, semalam susulan pendedahan eksklusif akhbar ini berhubung rumah amal kendalian syarikat itu yang melakukan penderaan, pengabaian serta salah laku seksual.

Op Global: Anak bekas pemimpin Al-Arqam, CEO GISBH ditahan



Menurut sumber, difahamkan setakat ini seramai 19 orang termasuk pemimpin jemaah itu ditahan dalam operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di beberapa lokasi.

ARTIKEL MENARIK:Lebih RM500,000 wang GISBH dibekukan, babit 96 akaun- KPN


"Selain CEO terbabit, turut ditahan isterinya serta dua anaknya bagi membantu siasatan.

"Turut difahamkan, individu lain yang ditahan adalah anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Mohammad," katanya.

Sumber berkata, mereka yang ditahan itu terdiri 12 lelaki dan tujuh wanita berusia 30 hingga 65 tahun.



Loading...


Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan maklumat lanjut akan diumum nanti.

Harian Metro dan Metro Ahad menerusi laporan eksklusif sejak 7 September lalu melaporkan, bentuk penderaan yang dilakukan sebuah rumah kebajikan yang bernaung di bawah syarikat berkaitan produk Islam terkenal, antaranya. bakar tangan, cabut rumput sehingga penuh plastik hitam dan salah laku seksual.

Malah, ada dalam kalangan mereka menjadi mangsa liwat dan lebih malang selepas diliwat mereka pula akan dipaksa meliwat rakan lain oleh penjaga.

Kegiatan penderaan fizikal itu dikatakan berlaku sejak lebih 10 tahun lalu membabitkan penghuni di rumah berkenaan terbongkar selepas seorang penjaga berusia 19 tahun ditahan pihak berkuasa Rabu lalu di Seremban, Negeri Sembilan.

Susulan pendedahan akhbar ini, ia turut mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyelamatkan kanak-kanak terancam dan perlukan perlindungan.

Susulan itu, polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 20 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Op Global pada 10 September lalu.


Kredit -hmetro



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post