Pengguna Google diberi masa 72 jam kemas kini Chrome

Pengguna Google diberi masa 72 jam kemas kini Chrome

WASHINGTON – Pegawai-pegawai siber Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan tarikh akhir 72 jam untuk pengguna Google mengemas kini enjin carian internet, Chrome bagi menambah baik kelemahan aktif, lapor portal berita MailOnline.

Pengguna Google diberi masa 72 jam kemas kini Chrome



Eksploitasi tersebut membolehkan penggodam mendapat akses dari jauh kepada sistem menggunakan pepijat dalam memori, membolehkan mereka mengumpul data peribadi tanpa diketahui pengguna.

ARTIKEL MENARIK:Paus ‘pengintip Russia’ ditemukan mati


Agensi Keselamatan Siber dan Infrastruktur (CISA) memberi amaran tentang kedua-dua ancaman itu pada senarai Kerentanan Dieksploitasi yang Diketahui. Ia mewajibkan kakitangan kerajaan mengemas kini Chrome selewat-lewatnya pada 18 September ini (esok) untuk menerima pembaikan.

Agensi itu bagaimanapun mengeluarkan amaran kepada orang ramai dengan menggesa mereka untuk mematuhi garis masa yang sama bagi melindungi peranti masing-masing.

“Chrome menyemak kemas kini baharu dengan kerap dan apabila kemas kini tersedia, Chrome mengaplikasikannya secara automatik apabila anda menutup dan membuka semula penyemak imbas,” kata Google.



Loading...


Namun, bagi pengguna yang sudah lama tidak membuka penyemak imbas, gergasi teknologi itu menggesa mereka berbuat demikian.

“Setelah dibuka, tutup Chrome dan buka semula untuk memastikan anda mempunyai versi terkini,” kata Google. 

Pengguna juga boleh menyemak kemas kini yang mereka miliki dengan menekan butang ‘More’ di bahagian atas sebelah kanan, mengklik ‘Help’ dan kemudian ‘About Google Chrome’.

Jika pengguna tidak melihat butang kemas Kini Google Chrome, mereka sudah pun mempunyai versi terkini. – AGENSI 


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post